Loading...
Setelah berkahwin, Putera William dan Kate Middleton menjalani tugas ke beberapa wilayah. William dan Kate pula melancong ke Kanada dan Amerika Syarikat pada 30 Jun - 10 Julai 2011.
Kemudian mereka melancong pula ke Australia dan New Zealand pada 17 - 21 Mac 2011. Selama pelancongan tersebut, Duke & Duchess of Cambridge itu pun menerima banyak hadiah. Selasa (10/1/2012), Istana St. James mengeluarkan keluaran senarai hadiah yang diterima pasangan William dan Kate.
Hadiah-hadiah tersebut di antaranya,
jerseys pasukan sukan tempatan, memorabilia, buku, benda seni dan lain-lain. Dari pelbagai hadiah tersebut, menurut Huffington Post, ada enam hadiah yang cukup aneh. Apa ?
1. Apron Dari orang yang tidak disebutkan identitinya, Putera William menerima hadiah sebuah apron apabila berkunjung ke New Zealand.
2. Setoples Bumbu Saat berkunjung ke Australia, Putera William dan Kate Middleton dihadiah setoples bahan Vegemite oleh seorang peminat mereka. Vegemite merupakan bahan yang cukup popular di Australia. Vegemite merupakan campuran dari ekstrak ragi, rempah-rempah dan sayur-sayuran yang dihaluskan.
3. Tiga Pasang Kasut Menteri Hal Luar Negeri Kanada memberikan hadiah yang tidak biasa untuk Kate Middleton. Kate diberi tiga pasang kasut. Entah kenapa sang menteri memilih menghadiahkan isteri Putera William itu kasut berjumlah tiga pasang.
4. KeRAJIan Tangan dari Bubur Kertas Seorang penggemar di Australia yang tak menyebutkan identitinya, memberikan Kate dan William kraf tangan dari bubur kertas berbentuk Burung Kasuari. Burung Kasuari dikenali sebagai burung paling berbahaya dunia. Dalam keadaan terancam, dia boleh menyerang dengan kukunya yang tajam.
5. Empat Tatakan Gelas Ketika melawat California, Sheriff-Coroner Santa Barbara County menghadiahkan pasangan kerajaan itu empat tatakan gelas. Hadiah itu diharapkan boleh berguna untuk William dan Kate.
6. Dua Perangkap Nyamuk Menteri Kesihatan Kanada memberikan hadiah yang sangat unik untuk Putera William dan Kate Middleton. Hadiah tersebut adalah dua buah perangkap nyamuk.
P/s...beruntungnya jadi raja...banyak dapat hadiah
2 Ulasan
raja dah kaye dapat lagi macam2 ek..
BalasPadamhhmm...best kan?
BalasPadamjerit kat sini