Nak Ambil Duit Di ATM,tapi Ular Yang Keluar...Adussss

Nak Ambil Duit Di ATM,tapi Ular Yang Keluar...Adussss

Loading...
ATM yang diisi ular (Gambar: Orange)

MADRID - Seorang lelaki terkejut saat dirinya hendak menarik wang di mesin ATM. Bukan kerana jumlah saldonya yang membuatnya terkejut, melainkan dikejutkan oleh kehadiran seekor ular yang keluar dari mesin ATM.

Kejadian ini bermula saat pagi hari, lelaki tersebut mampir untuk mengambil wang di mesin ATM milik Bank Caja Madrid Llodio, Alava, Sepanyol.

Usai menetapkan jumlah yang diambil, dirinya menekan butang-butang sesuai dengan nominal wang yang akan diambil. Tiba-tiba sahaja seekor ular keluar dari tempat keluarnya wang dari mesin ATM tersebut. Demikian diberitakan Euro Weekly News , Khamis (3/11/2011).

Lelaki paruh baya itu terkejut bukan kepayang. Untunya, dia berjaya mengambil wangnya, walaupun ular itu cuba menyerang. Kemudian dia melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Lewat bantuan dari pengurus bank, polis pon berjaya mengaman ular berbisa itu. Sepertinya, ular berbahaya itu terperangkap di tempat simpanan wang ATM.

Polis tidak menutup kemungkinan bahawa seseorang mungkin menaruh ular itu, hanya demi kepentingan lelucon. Tetapi, melihat persekitaran, mungkin juga ular tersebut memang tersesat.

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini