Isteri Shooping,Suami Kena Ikut...Pastikan Suami Ikuti Syarat-syaratnya..Baca!!

Isteri Shooping,Suami Kena Ikut...Pastikan Suami Ikuti Syarat-syaratnya..Baca!!

Loading...

Membeli barangan adalah suatu aktiviti wajib untuk setiap manusia di muka bumi ini. Jual beli memudahkan kehidupan kita untuk memenuhi kehendak dan keperluan kita.

Membeli menyeronokkan apabila kita ada duit. Lagi menyeronokkan kalau barang yang kita belikan itu memenuhi kehendak hati kita. Ditambah seronok lagi kalau barang yang dibeli itu didapati dengan harga yang murah. Dan yang teramat sangat sukanya di hati kita ialah apabila ada orang memuji barang yang kita beli itu.

Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah perempuan. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.


Orang perempuan kalau membeli kerosang (pin hiasan di tudung) mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan membelinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti..sesuai tak dengan kebarung yang dia baru beli tu....match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini .... harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelek tak .... macam-macam seribu satu macam.

Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu. Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan harga...dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna..itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang
lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi raya sebab suami pakai butang tak matching dengan baju...kata dia, "Nanti orang kata apa laah isterinya tak pandai nak mendandan suami".. malu dia.

Perbezaan inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara suami isteri terutama sekali di komplek-komplek membeli belah sekarang ini. Isteri nak waktu yang lama, panjat kedai sana panjat kedai sini untuk pilih satu kain..Suami nak cepat sebab dah tak tahan tengok cara isteri memilih barang. Akhirnya buat keputusan bawa anak lari ke restoren..LEGAAA.. boleh baca paper dan majalah.. itupun kot anak2 tu tak nakal dan buas nak merayau.

Yang paling suami tak suka ialah.. apabila tiba di rumah.... isteri mengadu barangan yang dibeli tersilap.. minta abg tolong tukarkan dengan segera.. Dahla berjam-jam pilih barang.. tiba di rumah ada juga yang tersilap..... suami mana tak melenting. Itu adalah tobii ciri-ciri wanita yang ciptakan oleh Allah. Bukan sesuatu kelemahan.



Oleh itu, untuk memastikan peristiwa di atas ini tidak berulang, eloklah suami menggunakan tips ini. Paling kurang, tidaklah terlepas pahala puasa kita kerana asyik geram marah padanya semasa shopping tu.

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".

2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi
selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ...apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.



6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk saya"...?berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ....." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantis di lorong-lorong komplek membeli belah.

Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby I yang pilih" :-)

Catat Ulasan

0 Ulasan