Ibu Ahmad, Muhammad meninggal dunia.Al Fatihah

Ibu Ahmad, Muhammad meninggal dunia.Al Fatihah

Loading...
SUNGAI BESAR: Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi ini selepas setahun bertarung dengan barah payu dara.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor.
Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini.
"Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.

"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya.
"Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.

"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu," katanya. - BERNAMA

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sedih sangat baca, terus ingat kat mama..:(

    http://parasyit.blogspot.com/2011/11/1st-giveaway-by-stacy-hanza.html

    BalasPadam
  2. beruntung pada yang masih punya ibu

    BalasPadam

jerit kat sini