Bidadari Tercantik DiSyurga...Siapa?

Bidadari Tercantik DiSyurga...Siapa?

Loading...
gambar sekadar hiasan

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki
syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah
dikalangan bidadari- bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua
akan segala bidadari-bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah s.w.t.
dan ini merupakan sunnah besar Nabi s.a.w. dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia
yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah ...... :

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang diredhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat
di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang
bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut ... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai
salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi tidur bersama-sama ....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia
bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia ... lalu lelaki itu menjawab inilah
syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah ... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia ... di suatu pepohon beliau mendapati
ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu ... tak pernah dilihat
di dunia ini ... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah 'Ainul Mardhiah ...
wanita itu menjawab ehh tidakk ... saya khadamnya, 'Ainul Mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai ... lalu diberi salam
dan ditanya lagi adakah dia 'Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab ... eh tidakkk
saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini ... 'Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana, ... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh menakjubkan ... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang
wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya
dari yang kedua ... dan tak pernah dia lihat di dunia ... lalu wanita itu berkata ... akulah 'Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku ...
bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab ... nantiii kamu belum syahid
lagiiii ... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi s.a.w. ... tapi sekiranya dia syahid barulah
ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya
telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
Nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi s.a.w.
dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi ... dalam menceritakan itu
Nabi menjawab benar ... benar ... benar ... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Nabi s.a.w. berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ...
subhanallah ...

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini