Apalah Nasib,kanak-kanak 7 tahun Ini Dipaksa Bekerja Sebagai Penari Kelab Malam

Apalah Nasib,kanak-kanak 7 tahun Ini Dipaksa Bekerja Sebagai Penari Kelab Malam

Loading...
Malang benar nasib Huang Doudou. Sebab pada usianya yang baru menjangkau tujuh tahun, gadis ini dipaksa untuk bekerja empat malam dalam seminggu sebagai seorang penari kelab malam untuk membantu orang tua yang cacat.

Ironis memang, sementara teman-teman sekolahnya meringkuk dalam selimut yang hangat di tempat tidur, Huang memakai seluar ketat dan kasut tumit tinggi untuk tampil di depan para tetamu di sebuah kelab malam berhampiran rumahnya di Urumqi, Mongolia.

Make-up tebal, dan melakukan empat gaya Latin telah menjadi rutin malam bagi Huang untuk mendapatkan upah kira-kira 1 juta sebulannya.

Diketahui, Huang terpaksa mengambil langkah ini ketika kedua-dua orang tuanya menjadi cacat, dan ia sekarang menjadi tulang belakang seluruh keluarganya.

"Ini menyenangkan, namun pekerjaan saya selesai selepas pukul 11 ​​malam, dan kemudian saya perlu menerjakan pekerjaan rumah saya untuk sekolah besok." Tutur gadis yang berani ini.

"Saya suka menari dan kadang-kadang saya mendapatkan wang tip yang boleh membantu membayar bil-bil. Kadang-kadang aku merasa lelah, tetapi ini adalah pekerjaan yang sangat baik. "Tambahnya. Ibu Huang tidak mampu lagi bekerja selepas kaki kirinya mengalami kecederaan dalam sebuah kemalangan, sementara ayahnya menderita gastritis kronik, yang membuat sulit baginya untuk mencari sebuah pekerjaan.


Keluarga Huang tinggal di sebuah flat sewaan kecil, yang ukurannya kurang dari 12 meter persegi dan dibahagikan kepada dua bilik.

Sumber: dailymail

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. bagus tolaaa,,budak ni...sejuk perut mak menagndung..!!!

    BalasPadam

jerit kat sini