Tak Dapat Nak Tolong,Baca Jer Boleh Ler

Tak Dapat Nak Tolong,Baca Jer Boleh Ler

Loading...
Bila Diri Dikhianati.. Suamiku Dikatakan Disihir..
Saya dah hampir dua tahun berendam airmata. Suami saya pun khianati saya. Saya tak pernah bgtahu orang lain, kecuali emak mertua dan beberapa orang penting sahaja (termasuk bos saya dan pengamal Perubatan Darul Syifa' dan Ekraine). Mereka kata suami saya teraniaya (disihir) dan diperbodoh. Mereka minta saya bersabar dgn dugaan Allah. Tapi, entah kenapa sukarnya saya utk saya percaya. Saya masih rasa berjauh hati dgn suami. Bagi saya, kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoyang. Ini lah akibatnya kalau baik sgt dgn orang lain dan terlalu sgt berbaik sangka pada semua orang.

Semuanya bermula bila perempuan tu seringkali minta suami saya hantar pulang dgn alasan kereta ayahnya rosak dan tak dpt dtg menjemput. Kini, suami sedaya upaya membina keluarga kami semula. Tapi, saya rasa janggal. Bagai dah tak kenal siapa dia. Malam2, bila tengok dia tidur.. saya menangis! Selama ni, saya fikir dia lah saya punya 'soul mate'. Tapi, sekarang tidak lagi. Saya orang asing!!.

Saya sering bertanya, apa salah saya dan anak2 pada dia? Kenapa dia tergamak menyiksa saya begini? Jawapan dia.. "Abang sendiri tak tahu!".

Sebenarnya, setelah hampir setahun berubat, suami saya menjalin semula perhubungan dengan perempuan tu (sempat le sebulan bertelefon dan bersms). Allah tunjukkan saya byk petunjuk dan mimpi. Masa tu saya mengandung tujuh bulan. Suami saya punya bodoh masa tu, sms dan panggilan keluar masuk dia dgn perempuan tu, langsung dia tak delete. Bil telefon sampai kat rumah pun dia tak risau.

Masa saya tanya, dia terus mengaku sahaja. Suami sendiri minta berjumpa ustaz semula untuk berubat lagi. Dia kata tak mampu mengawal diri bila tiba2 teringatkan perempuan tu. Hanya kali ini, dia kata ada perasaan takut bila perempuan tu ajak jumpa. Sebab sebelum ni, perasaan 'ghairah' pada perempuan tu membuak2 bila berjumpa. Malah kalau perempuan tu sms atau telefon pun, suami saya akan rasa ghairah tak tentu pasal. Dalam fikiran dia hanya perempuan tu sahaja. Nafsu dia, kat perempuan tu sahaja. Kalau perempuan mat salleh bogel depan dia pun dia tak selera (minta maaf dgn perkataan saya). Tapi, bila perempuan tu tak kacau dia, dia rasa normal. Treat saya dan anak2 macam biasa.

Sebenarnya, bila fikir2 tak masuk akal kalau dia gilakan perempuan tu. Dulu, suami selalu tanya saya, budak perempuan 'tu' rumah dia tak de cermin ke? Kenapa dia sanggup pakai skirt dgn baju sendat macam tu, kalau badan macam ‘tong drum’?. Suami saya mmg selalu merungut bila tengok orang yang terlalu big size. Dia selalu kata, “kenapalah dibiarkan sampai boleh jadi begitu sekali”.

Buat pengetahuan semua, saya ni tak lah kurus macam model, tapi tak lah oversize dan suka berfesyen tapi tak sedar bentuk tubuh (macam perempuan tu). Sampai ustaz pun kata, tak kan perempuan macam ni kamu gila sgt sampai nak buang keluarga dan kikis duit bini utk bagi kat dia?

Selama 14 tahun saya kahwin, saya tidak pernah berbahasa ‘kau’ dan ‘aku’ pun dgn suami. Tapi, saya ngeri bila baca sms perempuan tu yang sumpah seranah suami saya. Perkataan babi, binatang, sial, celaka adalah panggilan biasa perempuan tu pada suami saya. Sedangkan kalau saya panggil suami dgn perkataan ‘awak’ pun, dia rasa macam saya dah tak hormat kat dia. Kenapa suami saya sanggup menelan semua perkataan tersebut dari perempuan tu? Istimewa sgt ke dia?

Kawan2, Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Masa tu hanya anak dalam kandungan yang menguatkan semangat saya. Suami saya mmg sgt2 sayangkan anak. Tak boleh berpisah dgn anak2 langsung. Tapi, masa gilakan perempuan tu semula, dia kata sanggup nak tinggalkan kami semua. Ustaz kata, most probably perempuan tu ada simpan barang peribadi suami, baju yang ada peluh suami contohnya.

Entah lah. Kenapa saya sukar untuk terima apa yang telah berlaku dan ubati hati saya. Bila suami saya gilakan perempuan yang lebih byk kelemahan dari saya (minta maaf saya cakap), saya rasa saya dah tak bernilai.. Terlalu byk perkara tentang saya yang suami dah lupa. Cerita2 manis masa belum kahwin yang dia sendiri selalu guna untuk usik saya pun, dia dah lupa. Amalan2 harian yg dia selalu buat pun byk yg ditinggalkannya. Dan yang paling sedih, saya sendiri dah tak tahu, entah tinggal berapa percent sahaja saya dalam hati suami saya..

Baru ini terjumpa forum ni dan membaca cerita orang lain (lagipun, saya bukannya pandai sgt mencari benda2 begini, saya baca surat khabar dan cari article bila perlu je..). Rupanya ramai yg senasib malah ada yg lebih menderita dari saya. Tapi, ada ke sesiapa yg pernah alami perkara seperti saya??. Saya tak pernah tahu perkara2 sihir ni. Malah tak pernah kenal sesiapa yg pernah kena. Tapi, kenapa tidak semudah itu saya boleh terima dan percaya suami saya disihir oleh peremuan tu? Lebih-lebih lagi suami saya sendiri kadang2 tak percaya yang dia disihir.

Sampai sekarang dia rasa bersalah gila kat perempuan tu. Dia sering salahkan diri dia sendiri kerana dia rasa dia yang menganiaya perempuan tu. Dia kata, dia yg tersilap langkah. Perempuan tu pernah bersumpah demi Allah utk melaknat dan mendoakan kami mati kemalangan bila suami saya tak nak kahwin untuk tebus dosa suami pada dia. Perkara ini amat menakutkan saya. Saya takut perasaan bersalah suami saya itu akan menjadikan perkara ini berulang lagi.

Suami saya lah imam solat saya selama ini.. Bukan kah dia sepatutnya lebih waras dari saya? lebih byk amalannya dari saya? Lebih kuat bentengnya dari saya? Sekarang perasaan saya menjadi makmum solatnya rasa 'berbeza'. Saya sering beristigfar bila saya rasa dia tak layak jadi imam solat saya lagi.

Saya sayangkan ibu mertua saya. Saya tahu ajaran agama yang ibu mertua saya bagi pada suami saya. Dari muda, suami saya takut tinggal solat. Anak2 kami pun suami didik begitu. Malah saya juga memilih suami kerana agamanya. Adakah ini ujian Allah pada suami saya? Atau ujian untuk saya yang mencintai suami saya kerana Allah?

Ibu mertua merayu agar saya bawa suami saya balik ke jalan Allah. Terus untuk solat, mengaji dan berzikir bersama hari2. Kalau saya tidak berjuang bersamanya, suami saya akan diintai semula dan sesat ditangan perempuan yang menyekutukan Allah tu. Hari2 saya berdoa supaya Allah menguatkan hati saya untuk redha dengan apa yang berlaku. Ibu mertualah tempat saya menangis. Katanya setiap apa yg Allah ambil akan diganti dengan yang lebih baik, dengan syarat kita REDHA.

Kawan2, maaf kerana menulis panjang. Saya tak pernah meluahkan pada org luar. Saya sendiri tak pasti dgn apa yg saya buat ini. Kerana maruah ibu mertua dan suami adalah keutamaan saya. Ibubapa saya sendiri tak tahu. Kepada yang mengalami nasib seperti saya, nasihatilah saya ni.

Berilah saya semangat supaya saya mampu memandang wajah suami saya semula dgn rasa cinta..!


p/s :'(:'(.....sedih baca....
Nak bagi pendapat, tak pandai......:'(:'(

owh ye..ada satu jawapan disini..aku copy/paste..
korang nilai sendiri je la...


Salam TT, minta maaf kalau tulisan dan pendapat saya tak seperti yang TT harapkan sebab saya selalu memandang sesuatu hal atau kes dari sudut berbeza mengikut hukum akal dan alam.

Bukan saya tak percaya kepada tahyul tapi kalau kita terlalu percaya kita akan menghampiri syirik walaupun hantu dan syaitan itu wujud. Apa yang saya dapat rungkaikan syaitan itu ada dalam minda suami anda sendiri. Biar saja jelaskan dengan lebih terperinci..

a) Perasaan dan keadaan suami anda yang sentiasa gelisah, ketakutan.
Itu bukan kerana ilmu tapi kerana rasa berdosa yang teramat sangat kepada anda. Setiap kali dia pandang wajah anda yang tak bersalah bertambahlah rasa berdosanya pada anda.

b) Mengapa suami anda memilih perempuan yang sangat tidak menarik?
Jawapannya kerana lelaki bila bernafsu dia tak kira muka perempuan itu jongang atau gedebab. Yang penting hajat yang satu boleh dilunasi. Pilihan lelaki yang berniat untuk touch and go for free selalunya wanita yang tak menarik. Sebabnya kerana perempuan2 sebegini mudah untuk dimanapulasi. Modal sikit, ayat lebih kurang dan belanja makan. Selalunya ayatnya gini..."Wife I dah lama tak pedulikan I, kami dah berbulan tidur asing-asing, dia suruh I cari lain sebab malas nak layan I"
Selagi ada peluang lelaki akan mencuba.

c) Suami puan bukan bercadang nak menikah dengan perempuan itu, sekadar nak merasa, dah rasa, tak adalah sedap mana. Bini aku lagi best kat umah. Dia ingat perempuan yang dah berboyfriend dan mungkin dah pernah bersekedudukan itu tak akan bangun dan menuntut hak tapi dia silap, rupanya perempuan tu tak boleh tutup mulut.

d) Apa yang terjadi ialah suami awak ada hubungan yang luar biasa dengan perempuan itu dan wanita tu minta suami awak nikah mungkin sebab suami awak dah banyak berjanji dan tak mustahil mereka dah pernah punya anak atau suami awak dah membantu sama gugurkan anak dengan wanita tersebut.

Walau sesukar mana untuk puan terima, suami puan dah punya beberapa hubungan gelap sebelum ini. Untuk mengulanginya lagi bukan masalah besarpun. Setakat nak meminta nasihat orang-orang alim tak salah tapi tolong jangan percaya kepada tahyul dan syirik. Apa yang perlu suami awak lakukan ialah mengaku di hadapan awak dan wanita itu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang ingin suami awak lakukan selepas ini. Yang penting kembalilah kepada Allah, sembahyang lima waktu sepatutnya menjauhi kita dari perkara mungkar tapi sembahyang itu harus dilakukan dengan jujur, menyerah jiwa dan raga kepada Allah Yang Maha Kuasa. Bukan hanya sekadar tungging terbalik nak menunjukkan alim di dalam keluarga..coverline utk menutup hanyir...lama-lama berbau juga.

Samada puan kuat atau tidak puan perlu menerima satu lagi reality yang amat memilukan di dalam hidup puan. Saya pasti suami puan tidak akan mengahwini perempuan tersebut sebab itu bukan tujuan beliau yang sebenar.

Puan perlu kuat, letakkan pen di depan perempuan tersebut, suruh dia tulis satu persatu apa yang suami puan lakukan kepada dia, letakkan juga di depan suami suruh dia tulis. Tak semua perempuan dapat melalui semua ini tapi ini adalah reality. Setiap manusia ada ujian di dalam hidup dan ujian untuk puan adalah mendapat suami yang sentasa curang sepanjang perkahwinan puan. Testimonial ini adalah barang bukti untuk puan pegang sekiranya puan bercadang untuk meminta suami bertaklik atau sebagai pengukuhan untuk memohon cerai.

Janganlah bertanya dan menangisi kenapa suami berubah sedangkan anda masih cantik dan bergetah berbanding wanita lain di luar sana. Sesekali fikirkan yang bila suami berwang, nafsu yang satu boleh mengembang menjadi tersangat besar hingga dosa dan pahala bukan lagi sesuatu yang manakutkan bagi mereka.. Saya tahu ianya sangat sukar tapi kalau puan boleh melawan rasa takut dan gerun yang satu ini nescaya puan akan mendapat satu ketenangan selepas ini..

Catat Ulasan

0 Ulasan