Putera Charles Pun Tahu Malu

Putera Charles Pun Tahu Malu

Loading...
Kain bakal raja Britain tersingkap
PUTERA Charles merapatkan kembali kain kilt yang dipakainya setelah ia tersingkap akibat ditiup angin kencang di Scotland.

LONDON -
Pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles menjadi bahan ketawa para tetamu Mey Highland Games di Scotland berikutan kain kilt yang dipakainya tersingkap.

Angin yang bertiup kencang ketika itu menyebabkan Charles yang memakai pakaian tradisi Scotland tersebut bertambah berhati-hati bagi mengelakkan kain sarung itu mungkin ditiup angin semula.

Bagaimanapun, Camilla yang turut menemani Charles tertawa besar apabila menyedari suaminya terpaksa mengepit kembali skirt yang tersingkap itu dengan menggunakan kedua-dua lututnya.

Pasangan diraja itu dilaporkan tinggal berhampiran Istana Mey iaitu istana peninggalan neneknya.

Catat Ulasan

0 Ulasan