Masih Ingatkah Kisah Elisabeth Yang dikurung selama 24 tahun?

Masih Ingatkah Kisah Elisabeth Yang dikurung selama 24 tahun?

Loading...
Elisabeth semasa remaja (gambar kecil) dan pemandangan penjara ST. Poelten, Austria di mana bapanya, Josef dipenjarakan.


LONDON - Mangsa sumbang muhrim lebih dua dekad, Elisabeth Fritzl mendedahkan bagaimana bapanya berjaya mengurungnya di dalam bilik bawah tanah rumah mereka di Amstetten, Austria selama 24 tahun.

Wanita yang kini berumur 45 tahun itu menyatakan bapanya, Josef Fritzl pada mulanya meminta pertolongannya untuk mengangkat pintu.

Bagaimanapun, dia ditolak oleh bapanya ke dalam bilik bawah tanah sebelum mengurungnya.

Elisabeth masih mengingati tarikh kejadian yang berlaku itu adalah pada 28 Ogos 1984.

“Dia (bapa) memberitahu saya bahawa saya mungkin dapat membantunya membawa pintu di ruang bawah tanah.

“Ketika saya berada di ruang bawah tanah itu, dia menolak saya ke dalam bilik, mengikat saya dan memastikan saya tidak membuat bising,” katanya.

Ketika kejadian, Elisabeth berumur 18 tahun dan bapanya membiarkan tangannya terikat agar dia tidak bergerak lebih dari dua meter.

Menurutnya, dia berada dalam keadaan itu selama beberapa minggu.

“Satu-satunya perbuatan yang boleh saya lakukan adalah pergi ke tandas,” katanya.

Elisabeth berkata, dia pernah menjerit beberapa kali tetapi tidak ada sesiapa yang mendengar rintihannya.

Dia dijadikan hamba seks oleh bapanya sehingga melahirkan tujuh anak.

Bagaimanapun, kisahnya terbongkar selepas salah seorang anaknya sakit dan dirawat di sebuah hospital.

Catat Ulasan

0 Ulasan