Loading...
London - Pemuda yang satu ini gemar melakukan penghinaan di Facebook pada orang yang sudah meninggal. Akibatnya, ia ditangkap aparat dan dijatuhi hukuman penjara 18 minggu lamanya.
Tingkah Sean Duffy, remaja asal Inggeris ini memang keterlaluan. Selain di Facebook, dia membuat video candaan yang diposting di YouTube untuk menghina para remaja yang telah meninggal dunia.
Sasarannya antara lain Natasha MacBryde yang bunuh diri setelah menabrakkan diri ke kereta. Sean membuat video animasi yang mengejek Natasha. Dia juga mencatat komentar hinaan di laman Facebook yang ditujukan untuk mengenang Natasha.
Sean juga mengejek Lauren, gadis yang meninggal dunia kerana masalah epilepsi. Di laman web untuk mengenang Lauren, dia menulis 'tolong aku ibu, sungguh panas di neraka ini'.
Sean membuat laman Facebook pada remaja lain, antara lain Jordan Cooper yang meninggal kerana ditusuk. Ia mencatat gambar pisau berlumuran darah di laman Facebook tersebut.
Sean yang tidak menunjukkan nama asalnya di internet berjaya dikesan polis. Dia dihukum penjara oleh mahkamah di Reading dengan dakwaan menghantar mesej jahat.
"Kuharap hukuman ini boleh menunjukkan kepada pelaku yang lain bahawa mereka tidak tanpa nama dan akan tertangkap," kata MacBryde, ayah salah satu korban.
Sumber : http://surgaberita.blogspot.com/2011/09/hina-orang-mati-via-facebook-ini.html#ixzz1Y28t4jQc
0 Ulasan
jerit kat sini