Terkini ►

Abu mayat dijadikan batu permata

GAMBAR ini menunjukkan berlian-berlian yang dihasilkan daripada abu.

CHUR – Sebuah syarikat di bandar Graubuenden, timur Switzerland, Algordanza menawarkan perkhidmatan menukar abu termasuk abu mayat kepada batu permata yang berharga.

Proses membuat permata itu bermula dengan mengasingkan potasium dan kalsium yang merangkumi 85 peratus daripada abu mayat.

Bahan itu kemudiannya diletakkan di bawah tekanan tinggi dan suhu sehingga 1,700 darjah celsius sehingga ia termampat menjadi grafit atau satu bentuk karbon lembut.

Selepas proses itu, tekanan dan haba yang lebih tinggi dikenakan terhadap grafit itu sehingga ia bertukar menjadi berlian yang merupakan karbon yang paling keras.

Kesemua proses membuat permata itu mengambil masa enam hingga lapan minggu, berbeza dengan berlian semula jadi yang memerlukan beribu-ribu tahun untuk terbentuk.

Selepas proses itu selesai, berlian tersebut perlu digilap dan dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki oleh pelanggan yang kerap menjadikan permata sebagai loket atau diletakkan pada cincin.

Kos untuk menghasilkan batu permata daripada abu mayat tersebut berharga di antara AS$4,400 (RM14,300) hingga AS$16,700 (RM54,284) bergantung kepada berat yang dihasilkan. – AFP

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori unik dengan judul Abu mayat dijadikan batu permata. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2011/09/abu-mayat-dijadikan-batu-permata.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Kak Tie - 29 Sep 2011

Belum ada komentar untuk "Abu mayat dijadikan batu permata"

Post a Comment

jerit kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaru