SECEBIS PESAN BUAT SEMUA YANG BERGELAR ANAK

Ingatlah apa yang kita lakukan sama ada yang baik atau sebaliknya pasti mendapat balasan dari yang maha esa.

Jika baik yang kita lakukan walau pun sebesar biji saga,
maka baiklah yang kita dapat balasannya.

Tapi jika buruk atau kejahatan yang kita lakukan,
walau pun sebesar biji saga,
maka buruklah balasan yang pasti kita dapat.

Terutama jika menderhaka kepada kedua ibu dan bapa.
maka balasannya amatlah berat sekali.

Balasan yang di beri tak perlu di tunggu di akhirat malahan di dunia lagi kita pasti akan mendapat balasan.

Sudah banyak kita dengar atau baca kisah-kisah balasan dari Allah untuk anak-anak yang derhaka.

Sesiapa yang masih mempunyai ibu atau bapa jangan lah kita menjadi seorang anak yangt derhaka.

Berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih hidup.

Jika kita telah melakukan perkara-perkara yang telah mengguris atau menyinggung hati dan perasaan mereka sama ada sengaja atau tak sengaja,
cepat-cepatlah kita memohon ampun dan maaf.

Lebih-lebih lagi jika kita telah megguris hati ibu kita sendiri.

Hati ibu umpama sekeping kaca, sekali ianya tercalar maka ianya mudah retak dan pecah.

Oleh itu berhati-hatilah setiap kata-kata yang di keluarkan atau tingkah laku yang kita lakukan
agar hatinya tidak tersinggong atau terluka.
Sesungguhnya doa dari sorang ibu lebih mudah dan cepat di makbulkan oleh Allah yang maha Esa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!