Mawi.....Lama tak dengar kisah dia...rupa2nya...

Mawi.....Lama tak dengar kisah dia...rupa2nya...

Loading...
MAWI kekal bahagia dengan Ekin selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Usaha ketiga Mawi untuk menjadi bapa


KUALA LUMPUR -
Penyanyi Mawi, mengesahkan isterinya Ekin atau nama sebenarnya Nor'Ashikin Rahmat, 32, kini hamil tujuh minggu selepas hampir tiga tahun berkahwin.

Mawi atau Asmawi Ani, 30, yang ditemui pada majlis rakaman program raya radio Muzik FM semalam, mengakui sangat teruja ketika isterinya disahkan hamil di sebuah hospital swasta di Bangi, dua minggu lalu.

"Pada waktu itu saya tidak mahu kecoh-kecoh sangat sebab kandungannya masih baharu.

"Tapi kami memang sangat gembira sebab nak sangat anak selepas Ekin keguguran dua kali," ujarnya.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga itu juga tidak kisah jantina anak tetapi sama seperti ibu bapa lain, mereka mengharapkan zuriat sulung yang akan dilahirkan kelak sihat dan sempurna.

Pada masa yang sama, Mawi turut menafikan gosip terbaharu kononnya dia telah menjual rumah banglo miliknya yang bernilai lebih RM1 juta di Bangi.

"Gosip itu tidak benar. Saya dan Ekin masih menetap di rumah itu," jelasnya.

sumber:KOSMO

Catat Ulasan

0 Ulasan