Loading...
Cegah Sifilis, Hitler Beri Boneka Seks untuk Tenteranya
JERMAN -
Sebuah buku baru mendedahkan bahawa Adolf Hitler pernah memerintahkan pembuatan boneka seks untuk mencegah pasukannya tidur dengan pelacur yang sarat penyakit. Projek yang disebut "Borghild Project 'ini dilaporkan bermula pada tahun 1940 ketika komandan SS Heinrich Himmler menghantar surat guna mengingatkan Hitler mengenai risiko kesihatan yang dialami pasukan Jerman kerana berkaitan dengan wanita Perancis. "Bahaya terbesar di Paris adalah kehadiran para pelacur yang tak terkawal dan tersebar luas, menangkap mangsa di bar, ruangan dansa, dan tempat-tempat lain," tulis Himmler sebagaimana dilaporkan CNN, Rabu (13 / 7 / 2011). "Adalah tugas kita menghalang prajurit dari membahayakan kesihatan mereka hanya demi petualangan yang singkat." Hitler lantas mewujudkan keinginan Himmler itu, dan para perancang mula membuat boneka yang lebih kecil dari manusia yang digelar 'gynoid'. Perancang mendekati pelakon Hungarian Kathe von Nagy dan bertanya sama ada mereka membuat model boneka silikon tersebut di tubuhnya. Kathe menolak. Namun, penolakan itu menginspirasi para perancang membuat boneka tanpa wajah. Alasannya, tentera lebih cenderung memilih 'pemanasan' jika mereka boleh berfantasi dengannya. Manakala tentera memerlukan sedikit inspirasi, para perancang Nazi menambah mata berwarna biru dan rambut perang pada boneka tersebut. Setelah ujian secara intensif, Himmler menempah 50 boneka untuk pasukannya sendiri.
Tetapi, pada tahun 1942, kepimpinan parti menarik kembali projek tersebut. Tentera yang malu, menolak membawa 'pemanasan' tersebut dan para pegawai khuatir anak buah mereka akan diejek jika tertangkap oleh musuh. Pasukan Amerika dan Inggeris kemungkinan telah menghancurkan kilang gynoid selama serangan bom mereka di bandar Dresden. Penulis Graeme Donald mendedahkan operasi sex toy tersebut ketika melakukan penyelidikan bukunya yang berjudul 'Mussolini s Barber, yang mengandungi kompilasi cerita teraneh dalam sejarah tentera.
Dia menemuinya saat melayari jejak penemu boneka Barbie Rut dan Elliot Handler dari Amerika Syarikat. Mereka mencipta Barbie selepas melawat Jerman pada tahun 1956 dan membeli boneka Bild Lili, sebuah item baru yang dijual di tukang pangkas dan kelab malam dewasa. "Ketika saya sedang meneliti ini saya mencari rujukan terhadap boneka seks Nazi dan mendapati bahawa Hitler telah memerintahkan pembuatannya," kata Donald. "Seperti biasa, lebih banyak pasukan yang tewas oleh penyakit daripada peluru. Sifilis adalah sebuah masalah dan Hitler menyedarinya dan dia sendiri diisukan menderita penyakit tersebut.
sumber;Jagad Unik
0 Ulasan
jerit kat sini