Loading...
JIANGSU -
Mengeluarkan seekor cacing dari otak manusia biasanya hanya terjadi di film, tapi kali ini di China benar-benar terjadi. Seekor cacing parasit sepanjang 23 cm ditemukan di dalam otak seorang wanita dari Wilayah Jiangsu, China. Cacing itu pun berjaya diangkat oleh pasukan doktor. Pesakit wanita tersebut sebelumnya didiagnosis menderita epilepsi pada Disember 2010. Namun setelah menjalani beberapa siri ujian darah seorang doktor menyedari bahawa wanita tersebut dijangkiti bakteria patogen dan hasil CT scan juga menunjukkan sebuah titik yang aneh di dalam otaknya. Saat menjalankan operasi, para doktor mencari granuloma, sebuah keradangan khusus, di dalam otaknya yang diduga menjadi penyebabnya epilepsi . Doktor yang melakukan operasi mengatakan bahawa mengikut tampilannya, cacing tersebut merupakan cacing pita.
Para ahli mengatakan bahawa kemungkinan adanya cacing di otaknya tersebut kerana makanan yang sudah dijangkiti dengan telur cacing, namun sumber dari cacing tersebut masih belum diketahui. Seperti dilansir China Daily , Rabu (6/7/2011), awam kini diminta untuk berhati-hati terhadap kebersihan makan dan pastikan makanan dimasak dengan matang. (rhs)
sumber dari...Jagad Unik
2 Ulasan
mak aih cmne la bleh smpi otak...
BalasPadamcacing ni kan dok kat usus je...
kadang2 perempuan kat china kalo nak kurus saanggup tu telan cacing pita
haaaa....tu la..skali pikir cam x logik je kan?
BalasPadamjerit kat sini