Now I know why most ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air & dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita minum...

Now I know why most ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air & dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita minum...

Loading...
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn
keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, bacaan hayatilah
petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah
menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia,
Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa
rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang
mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun.

Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk
susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti
jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar,
bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu
Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor
itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang
tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik
melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di
antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan
dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan
memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab
kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah
air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak
tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini
adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa,
kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu
didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan
kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.

Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral
masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa
air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air
membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan
perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan
Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti
berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh
Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah
diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita
sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz
Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika
hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu
mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wassalam.

ditulis oleh...artakusz

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Salam.
    Dan menerusi amalan biasa, selain dari penjelasan di atas yang telah diberikan. Air merupakan bahan yang telah dijadikan oleh Allah yang tiada makhluk lain dijadikan darinya. Kerana syaitan dan iblis dari Api, maka Air adalah lawannya, dan apabila manusia yang dari tanah, diberikan air akan lembab dan segarlah dirinya.

    Air juga dijadikan medium pengubatan kerana ia dijadikan asbab atau kaedah pengubatan, harus kita faham bahawa bukanlah air atau ayat al quran yang menyembuhkan tetapi adalah dari kehendak dan keizinan Allah Taala adanya.

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  2. aMBE..MEMANG BENAR..SAYA SENDIRI MCM X PERCAYA BILA MEMBACANYA

    Hasrul Hasan...terimakasih krn sudi datang menjengah rumah sy disini...apapun sy setuju dengan pendangan anda tentang air..nadi utama dalam kehidupan manusia,mahupun hidupan lain dialam semsta ini..

    BalasPadam

jerit kat sini