Loading...
SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan
racun, keracunan makanan pun ditakuti.
Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa
bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.
Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat.
Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati
tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan
sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih
dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.
Ada orang kata dosa adalah soal peribadi
masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur
masing-masing.
Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang
lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang
kita yang kena uruskan.
Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang
lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit
dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.
Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar
orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara
pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak.
Kan menyusahkan orang tu.
Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:
(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri
keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka
yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan
serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota
wuduk di akhirat nanti.
(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana
baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang
buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan
ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia
tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa
pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.
(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal
sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan
dosa dan maksiat.
Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa
pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal
pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam
menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah
benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi
sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan
tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan
tidak menghormati perasaan orang lain.
(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit
kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak
yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia
menyakiti ibubapanya.
(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada
riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram,
doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.
(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada
mendapat dan menemui jalan penyelesaian.
(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada
satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila
nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka
mengizinkan Allah menurunkan azab.
Jadi lembut2kanlah hati korang....cam hati aku...

0 Ulasan
jerit kat sini