Loading...
Biarpun ianya adalah suatu kes yang boleh dikira lapuk,tapi aku rasa terpanggil untuk kita sama2 renungkan dari kiah tersebut...renungkan dan ambil iktibar...
Mana2 yang ingin berkongsi pendapat...dipersilakan...
Peristiwa ini telah saya alami sendiri pada tahun 1995. Semasa itu saya sendiri adalah pengantinnya yang datang lebih jauh dari Kamunting, iaitu Kedah.
Kami datang dengan lima buah kereta dari Kedah tetapi yang sampai ke Johor hanya empat buah kereta kerana sebuah kereta lagi tidak dapat meneruskan perjalanan kerana rosak.
Setelah sampai di Johor, keesokan harinya adalah majlis akad nikah di sebuah masjid berhampiran rumah pengantin perempuan.
Manakala kenduri kahwin berlangsung sehari selepas majlis akad nikah. Saya telah dimaklumkan berkaitan adat ini dan diarahkan untuk menyiapkan ‘angpau’ berisi duit seberapa banyak yang boleh untuk dikenakan ‘tol’ atau diberi cukai kepada penyekat yang dipanggil sebagai ‘pagar’.
Jika tidak diberi angpau, maka pagar tidak akan dibuka. Soalan pertama saya kepada wakil yang menyampaikan maklumat ialah, mengapa nak sekat saya sedangkan saya telah dinikahkan dan rumah itu adalah rumah mertua saya?
Jawapannya ialah hanya untuk ‘suka-suka’. Saya katakan pada wakil tersebut bahawa amalan ini tidak betul dan wajar tidak dilakukan.
Sungguhpun demikian, dalam diam-diam, pengiring saya telah menyiapkan sebungkus plastik angpau tersebut.
Keesokan harinya, ketika kami tiba di hadapan rumah pengantin perempuan, kelihatan berpuluh kanak-kanak dan beberapa orang dewasa menyekat laluan masuk di pintu pagar rumah. Tanpa banyak soal, pengapit saya (orang Johor) menghulur angpau tersebut kepada setiap orang.
Ada yang beredar dari situ setelah dapat dua. Setelah selesai lapisan pagar pertama, kami kena lalui ‘pagar kedua’ iaitu di pintu masuk rumah tetapi kali ini bukan lagi kanak-kanak tetapi penuh dengan mak dan bapak budak pula.
Perkara yang sama dilakukan oleh pengapit saya. Ketika melangkah ke pelamin, kelihatan ada tiga lagi lapis pagar di setiap tingkat pelamin.
Kali ini mak nenek pula yang penuh. Di sinilah peristiwa yang saya tidak akan lupa dalam hidup saya. Bagi sebungkus angpau berjumlah RM20 tidak diterima sebaliknya hendak RM50 untuk setiap orang.
Dalam masa yang sama angpau sebungkus plastik yang dibawa oleh pengapit telah pun habis. Langsungnya pengapit saya pergi berbincang dengan ‘pagar-pagar’ tersebut tetapi mereka tetap tidak mahu turun.
Perbincangan berlangsung lebih kurang 15 minit tetapi mak nenek tersebut tetap hendakkan cukai. Ketika ini, orang tua saya keluar dari rumah dan saya juga bergerak keluar dari rumah dengan rasa dimalukan.
Seluruh keluarga saya yang datang dari Kedah (dua hari perjalanan) menitiskan air mata. Air mata ibu saya yang tidak dititiskan sejak sekian lama, menitis. Kenapa depa nak malukan kita? Itulah soalan yang ditanya oleh ibu kepada saya.
Setelah kumpulan kami bergerak keluar ke laman rumah, suasana di dalam rumah menjadi kecoh. Kedengaran pertelingkahan berlaku di antara saudara mara pengantin perempuan. Bapa mertua saya pengsan. Suasana menjadi lebih kelam kabut.
Marilah kita merenung kembali peristiwa yang berbekas di hati saya dan hingga kini saya masih ada rasa geram. Lihatlah peristiwa saya...
Adat sebegitu rupa harus dibuang, tidak sesuai dipraktikkan dan bertentangan dengan tuntutan agama yang memudahkan urusan perkahwinan. Alasan suka-suka tidak boleh dijadikan sandaran kerana ia telah menukar majlis penuh berkat menjadi cuka.
– AHMAD ALBAB,
Alor Star, Kedah.
p/s..terus terang aku benar2 kesian dgn pihak pengantin lelaki...mesti trauma..kan??
Errr...selamat pengantin baru kpd semua yang melangsungkan perkahwinan pd bulan Jun ini.

2 Ulasan
kesiannya.. tu bukak suka2 lg tu.. tu da menyusahkan dan mengaibkan...eee..geram lak rasa bila baca..
BalasPadamKotak bulat...kesian kan???
BalasPadamjerit kat sini