Loading...
nih satu lagi luahan hati...
Terkilan di Johor ada adat kanak-kanak minta duit rombongan pengantin
PADA cuti sekolah yang lalu saya mengikuti rombongan pengantin lelaki dari Perak ke majlis perkahwinan di sebuah kampung tidak jauh dari Johor Bahru, Johor.
Sebelum hampir sampai ke rumah pengantin perempuan kami dijemput singgah sebentar di rumah saudaranya untuk berihat.
Dua orang mak andam daripada pihak pengantin perempuan datang untuk mengandam pengantin lelaki.
Kami diberitahu agar memberikan sedikit wang untuk beberapa kanak-kanak yang akan menanti di hadapan pengantin perempuan dan sedikit sagu hati kepada mereka.
‘‘Bagilah seberapa ikhlas untuk kanak-kanak dan patut-patut kepada dua mak andam tersebut.”
Apabila kami sampai di rumah pengantin perempuan, lebih kurang 30 kanak-kanak di hadapan pengantin perempuan meminta duit.
Apabila mereka membuka sampul dan mendapat cuma RM1 mereka menjerit-jerit minta lagi, manakala mak andam yang mendapat RM20 pula minta RM50.
Juruacara majlis pula berkata di khalayak ramai: ‘‘Kedekutnya pihak pengantin lelaki bagi pun cuma RM1. Bagilah RM5 ke. Kami orang Johor RM1 tak mainlah.”
Sebenarnya bukanlah pasal beri RM1, RM5 atau RM10 tetapi kami di Perak memang tidak ada adat mengajar kanak-kanak meminta-minta kepada rombongan pengantin.
Kami menyangka sebagai rombongan tetamu yang sanggup datang menziarahi dari jauh dan banyak pula menghabiskan wang membayar tol, minyak kereta, masa dan tenaga sepatutnya sebagai orang Islam rai dan muliakanlah para tetamu.
Walaupun dijamu hanya dengan sepinggan nasi kami amat menghargainya. Malangnya kami dihina sebagai kedekut.
Adakah ini caranya untuk memeriahkan sesuatu majlis?
Sebagai orang Islam kita tidak sepatutnya mengajar kanak-kanak meminta-minta kerana mereka bukan orang miskin.
Sebagai orang Islam, saya berpendapat buangkanlah saja adat yang mengarut ini.
- AL-SYED,
Kamunting, Perak.
p/s....aku takde niat pun menghina mana2 pihak...just utk kita semua mengambil iktibar dari peristiwa ini....bersederhanalah dalam segala hal.

2 Ulasan
tu nama nyer duit tol., mintak kat pengantin lelaki., dulu biasalah nampak, skrg takde dah, pelik gak kalau ada lagi skrg..
BalasPadamtu lah susahnya kalau ikut adat, agama taknak plak diikut..
ada lagi lah Botak...kat tmpt saya masih lagi adat tu..tapi masih berpada-pada
BalasPadamjerit kat sini