Isteri tangkai jering VS suami kedekut

Isteri tangkai jering VS suami kedekut

Loading...



Seorang sahabat lelaki, berstatus suami dan bapa kepada dua orang anak yang baru bersekolah, merungut mengenai sikap isterinya yang dikatakannya ‘tangkai jering’, yang sikit-sikit semuanya minta suami belikan.

“Padahal isteri aku tu kerjanya boleh tahan, gajinya lebih kurang gaji aku juga, tetapi duitnya semuanya dia simpan. Masuk bank sana, bank sini, simpan dalam ASB, melabur amanah saham dan beli barang kemas,” rungutnya lagi.

“Bengang juga aku, duit aku langsung tak bersisa. Segala-galanya guna duit aku. Ðuit rumah, duit kereta aku bayar, yuran belanja sekolah anak-anak, air, api, makan pakai seisi rumah, hatta pakaian dalam dia pun semuanya korek dari poket aku,” sambungnya lagi dengan wajah kusutnya.

“Kalau aku tengah sesak, nak minta pinjam sikit punya susah. Soalan dia mengalahkan pegawai bank, disoal-siasat itu ini. Itupun belum tentu dapat. Kalau dapat, kenalah ikhtiar cepat-cepat bayar. Kalau tidak, mahu setahun diungkit-ungkitnya fasal hutang aku tu,” rungutnya lagi.

Hemmm… Ðiam sajalah, karang kalau menyampuk, kena sembur pula. Bukan selalu dengar orang lelaki melepaskan perasaannya ‘membebel’ tentang ketidak-puasan hatinya.

“Aku pernah juga beritahu dia, semuanya duit abang. Habis tu duit awak, buat apa? Simpan buat apa? Esok mati, bukan boleh dibawa ke kubur!” Si sahabat menyambung cerita.

“Habis, apa kata isteri?” saya bertanya, cuba untuk bersikap neutral ketika mendengar ceritanya.

“Isteri aku buat muka selamba. Kata dia, ‘Ðuit saya, duit saya. Ðuit abang, duit saya!’ bengang betul aku!” Lagi dia mengulang kalimah bengangnya.



Mendengar cerita sahabat ini, saya cuba bandingkan dengan kehidupan ibu bapa salah seorang sahabat saya pula. Ibunya seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi selain mengemas rumah, memasak dan menjaga anak-anak, dia menghabiskan masa yang lain untuk menjana pendapatan dengan membuat kuih, acar limau, bercucuk tanam dan mengambil upah menjahit. Hasil tanaman seperti pisang dijual ke kedai runcit berhampiran rumah.

Semua pakaian sahabat saya ketika zaman kanak-kanak sehingga masuk alam remaja, ibunya yang jahit. Baju Melayu ayah dan adik-beradik lelakinya, juga ibunya yang menjahitnya. Ðari situlah mereka dapat berjimat. Ðia juga mengambil upah menjahit pakaian jiran-jiran dan saudara-mara. Ðapatlah sedikit wang. Jadi jika ayah sahabat saya sudah kering duit pada setiap hujung bulan, maka ibunya yang tolong menokok tambah.

Sahabat saya tidak dengar pula ayahnya merungut menyatakan ibunya kedekut atau tangkai jering. Cuma kadang-kala, sahabat saya dengar juga ibunya merungut (nadanya begitulah) katanya, kalaulah duit jualan kuih, acar limau dan pisang serta duit upah menjahitnya dapat disimpan tanpa disentuh setiap bulan, pasti sudah banyak simpanannya.

Ðahulu, ketika masih kecil, kita mungkin kurang menganggapi apa yang dirungutkan itu. Tetapi sekarang, setelah semakin dewasa, kita mula memahami bahawa ada ketikanya, wanita juga inginkan wangnya sendiri, mahu menyimpan serba sedikit. Apatah lagi jika dia mampu menjana wang sendiri tanpa meminta-minta daripada orang lain (walaupun orang lain itu adalah suaminya yang paling dicintai), tentunya dia mahu yang itu disimpan untuk kegunaannya sendiri.



Itu kisah Hindun mengenai suaminya yang kedekut. Tetapi bagaimana pula kalau isteri yang kedekut? Wajar atau tidak, suami mengambil mencuri sedikit daripada isterinya? Eh.. memang tak wajar langsung! HARAM ambil harta isteri, tanpa izinnya, ingat tu!


Jika sebelum berkahwin, isteri biasa makan daging dan buah-buahan setiap hari atau seminggu sekali, maka pada dasarnya, suami harus mengadakan keperluan itu selepas mereka berkahwin. Atau jika sebelum berkahwin, isteri mempunyai peruntukan untuk membeli baju atau kosmetiknya, itu juga termasuk dalam tanggungjawab suami. Bagaimanapun, ukuran tersebut bergantung juga kepada kemampuan suami dan iteri tidak berhak menuntuk jaminan nafkah melebihi kemampuan suaminya. Oleh itu, dalam hal ini, isteri haruslah bertolak ansur dan bersimpati dengan keadaan suaminya.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa suami TIDAK BOLEH mengambil kesempatan daripada keikhlasan isteri membantunya dengan menyerahkan segala urusan kewangan kepada isteri sahaja. Malah, suami tidak berhak memaksa isteri mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan rumah atau menyimpan semua wang gaji isteri.

Sebaiknya, jika isteri seorang tangkai jering, cara terbaik adalah dengan berbincang antara kedua-dua belah pihak. Kalau isteri sukarela hendak membantu, jangan LOKEK ucapan 'terima kasih'. Biasanya gitulah. Lokek sangat hendak memuji isteri. Memang patutlah isteri jadi 'tangkai jering'. Jika isteri kedekut sikit, pandai-pandailah memuji, mengecek dan membodek, basic psychology ler.... Pasti cair hatinya!

Kalau suami isteri sendiri susah hendak duduk berbincang dan tidak berlapang dada dalam hal-hal begini, memang jadi susahlah jawabnya!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. betul betul betul :) tapi tu la sebenarnya function laki bagi bini die keja..supaya bini die dapat membantu serba sedikit keperluan mereka..tak ke gitu ? ni pendapat saya lah akak :) sebab cam tu lah parents saya :D

    BalasPadam
  2. betul3....suami isteri seharusnya x berkira dlm isu duit2 nih...isteri dia juga kan??suami dia juga kan??anak2 mereka juga kan??

    BalasPadam
  3. ermmm..betul 2..semua 2 tanggungjawab suami..tapi isteri p0n kena paham lah kalau suami xmampu kan..n s0al menyimpan tu..ye..perempuan memang nak menyimpan..fikirkan masa depan..kalau xpnjang umo laki tu..? mana die nak cekau duet time 2?? kan..??

    BalasPadam
  4. yejugak..pendek kata..apa2 hal pun jgn berkira sangat...namapun laki bini

    BalasPadam

jerit kat sini