Sampai Ke Pantai Mumbai, Shah Rukh Khan Cari Gauri

Sampai Ke Pantai Mumbai, Shah Rukh Khan Cari Gauri

Loading...


Sampai Ke Pantai Mumbai, Shah Rukh Khan Cari Gauri




 Bulan Februari bulan penuh dengan rasa cinta dan sayang. Lebih-lebih lagi perasaan mengasyikkan kepada orang yang tersayang, sama ada kekasih, tunang, suami atau isteri. Bukanlah bulan lain tak sayang, cumanya bulan kedua ini agak istimewa dan penuh dengan perasaan rasa dibuai.

Sebab itu, penulis dengan hati penuh berbunga nak kongsi satu cerita lamaran si ‘King of Bollywood’ Shah Rukh Khan dekat isterinya Gauri Khan. Kalau dalam filem, Shah Rukh Khan punyalah romantik dan kita yang melihat boleh cair dengan tutur kata, renungan dan senyuman manis jejaka berlesung pipit. Tapi dalam dunia nyata, SRK romantik tak?


SRK bukan sahaja raja percintaan dalam filemnya, tetapi juga dalam kehidupan sebenar! Shah Rukh Khan berkahwin dengan Gauri Khan dan pasangan itu semakin utuh selama hampir 30 tahun sekarang dan akan kekal begitu, lagi selepas skandal anak lelakinya Aryan Khan.

Dilaporkan, Gauri pergi ke Mumbai dan Shah Rukh mencarinya di merata tempat dan akhirnya menemuinya di pantai, beberapa hari selepas mencari. Dia melutut dan melamar Gauri. Dan inilah permulaan kisah kebahagiaan mereka bermula!

Bertemu Gauri Di Parti Kawan



Dipetik dari Indian Express, SRK bertemu dengan Gauri di parti kawan-kawan pada tahun 1984, ketika dia baru berusia 18 tahun. Dia melihat Gauri menari dengan lelaki lain dan terpesona dengannya.

Memandangkan itu adalah hubungan pertama SRK, dia mengaku dalam temu bual bahawa dia sangat posesif tentang Gauri, dan tidak suka melihat Gauri bercakap dengan lelaki lain. Dia cuba melamar Gauri, yang menolaknya pada kali pertama, kerana ibu bapanya juga tidak menyukainya.

Lamaran Ditolak Lagi

SRK mencari Gauri dan akhirnya menemuinya di sebuah pantai. Di situ, SRK sekali lagi melamar Gauri dan  tetapi dia menolaknya lagi.

“Saya jumpa dia, saya beritahu dia, jom kahwin. Dia menolak dan agak keras hati. Setahun kemudian, ibu saya meninggal dunia jadi dia berasa kasihan kepada saya. Jadi dia berkata mari kita berkahwin. Dia tidak mahu saya menjadi pelakon. Jadi saya kata okay jom kahwin.

Betullah kalau jodoh tak ke mana.

Catat Ulasan

0 Ulasan