PEJABAT DISERBU,DR.HAMID ARSHAT DI PERLAKUKAN SEPERTI PENJENAYAH

Loading...
PEJABAT  DISERBU,DR.HAMID ARSHAT DI PERLAKUKAN SEPERTI PENJENAYAH
SUNGGUH MENYEDIHKAN PEJABAT SAYA DISERBU.




Hari rabu 2 hb October, sekumpulan kaki tangan KKM datang menyerbu dan selongkar pejabat Saya di 75m , Plaza Damansara.

Tanpa notis dan tapa jelas apa tujuan, mereka datang dengan mengejut seolah2 saya seorang Penjenayah.

Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun.

Pada tahun 70an dan 80an saya dan rakan2 doktor telah bersama2 berkhidmat secara bertungkus lumus untuk memberi rawatan dan jagaan kepada pesakit2 tanpa mengira masa dan gaji. Pernah kerja selama 72 jam berturut2. Dengan gaji RM 600 sebulan.

Saya rasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan2 muda yang semacam gila kuasa.


Ketika sebuan pejabat, saya berada diklinik di Taman Desa Medical Centre melayan berpuluh2 pesakit.


Apa salahnya Kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya di Plaza75m Bukit Damansara.


Akhir mereka pergi dengan keadaan pejabat kucar kacir dan tidak medapati apa2 bukti kesalahan saya.


Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar keatas pejabat dan staff saya.


Kaki tangan yang bertindak belum lahir kedunia lagi , saya telah berkhidmat dengan KKM.


sumber:Dr.Hamid Arshat

Catat Ulasan

0 Ulasan