Baran Punca Sharnaaz-Nabila Bakal Cerai?

Loading...
Baran Punca Sharnaaz-Nabila Bakal Cerai?
ISTERI kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.
Memetik laporan BH Online, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor,35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kisah perceraiannya itu.

"Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.
Sharnaaz bersama anaknya, Jebat Jayden.
“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.
Kakak kepada usahawan selebriti terkenal Neelofa ini dalam pada itu menjelaskan masa depan anak mereka iaitu Jebat Jayden menjadi keutamaan buat masa ini.
“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya.
Pergolakan rumah tangga pelakon Filem Wangi ini mula kembali menjadi bualan hangat apabila Nabila dikatakan berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta di laman Instagram miliknya.
Nabila sahkan memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz.
Sharnaaz yang ditemui pada Khamis bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut spekulasi berkenaan kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Buat masa ini saya belum bersedia bercerita tentang hal ini sebab ia hanya sekadar andaian jadi tak berani nak cakap takut memudaratkan lagi keadaan.
"Saya tahu saya banyak bercakap tentang benda-benda begini tapi soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih," katanya kepada mStar.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata pada 30 Ogos 2018

“Saya boleh jamin, bukan soal baran jadi masalah” - Shaarnaz nafi dakwaan sikap panas baran punca keretakan rumah tangga


PELAKON Sharnaaz Ahmad berasa kurang senang dengan tindakan seorang netizen di Twitter yang memberi komen mengenai kemelut rumah tangga pelakon itu.
Menerusi posting dimuat naik wanita dikenali sebagai @AnisKhalidi pada Jumaat itu mendakwa sikap panas baran Sharnaaz menjadi salah satu punca keretakan rumah tangga yang dihadapi aktor berkenaan.

"Biasalah... Orang baran takkan boleh berubah lepas kahwin.
"Mungkin ada faktor lain tapi aku percaya perangai baran Sharnaaz mesti salah satu daripadanya," tulisnya.
Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan isteri kembali timbul selepas Nabila memuat naik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Komennya itu lantas mendapat perhatian Sharnaaz yang memberikan komen balas terhadap kenyataan wanita berkenaan.
Dalam nada berbaur sindiran, Sharnaaz turut menafikan sikap panas baran menjadi punca keretakan hubungan dengan isterinya iaitu Noor Nabila.
"Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya, saya rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya hanya dengan satu kilas.
"Tahniah... tapi saya boleh jamin, bukan soal baran yang menjadi masalahnya.
"Harap cik Anis bahagia dunia akhirat," katanya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen menyelarkan tindakan wanita yang sewenang-wenangnya mencampuri urusan rumah tangga pelakon berkenaan.
"Tak perlu buat pandai. Jaga keluarga sendiri sudah. Bodoh jangan tunjuk.
Tindakan wanita berkenaan menerima kecaman netizen di laman Twitter.
"Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Rumah tangga mereka, biar mereka yang tentukan hala tujunya. Kita sebagai hamba Allah hanya doakan yang baik-baik sahaja.
"Kau hingusan lagi adik. Kahwin dahulu, nanti baru reply semula tweet ini." ujar netizen.
Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.
Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan