Siapa nenek berjalan di wad pukul 2 pagi? Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tampil beri penjelasan

Siapa nenek berjalan di wad pukul 2 pagi? Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tampil beri penjelasan

Loading...
Siapa nenek berjalan di wad pukul 2 pagi? Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tampil beri penjelasan

PERKONGSIAN foto di Twitter memperlihatkan seorang wanita warga emas yang sedang berjalan dalam keadaan terbongkok-bongkok di sebuah wad hospital pada waktu malam sejak Selasa menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Pengguna Twitter mendakwa gambar tersebut dirakamkan oleh doktor yang bertugas di wad berkenaan sekitar jam 2.30 pagi dan apabila ditegur nenek tua itu tidak memberi sebarang respon.
Tambah menghairankan di wad berkenaan tiada pesakit warga emas, menyebabkan ramai membuat andaian termasuk mengaitkannya dengan perkara misteri di hospital yang terletak di Negeri Sembilan itu.
Bagaimanapun ramai juga yang tidak setuju dengan tindakan perkongsian gambar wanita itu kerana ia jelas menunjukkan seorang wanita warga emas dan bukannya 'hantu' seperti didakwa.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memberi penjelasan mengenai gambar yang tular di media sosial.
Malah seorang pengguna di Twitter memberitahu bahawa pesakit berusia 70 tahun itu wujud dan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan turut tampil memberi penjelasan dan mengesahkan kelibat wanita itu bukanlah 'hantu' sebaliknya pesakit di sebuah hospital di negeri itu.
Jabatan itu juga turut meminta orang ramai memadam posting tersebut bagi menjaga privasi pesakit dan ahli keluarganya.
"Dimaklumkan warga emas tersebut adalah merupakan pesakit di salah sebuah hospital kami.
"Sehubungan dengan itu, bagi menjaga privasi pesakit dan waris serta mengelak salah tanggapan oleh netizen, mohon jasa baik pihak tuan untuk memadam posting ini," tulis kenyataan itu di Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan