“Masa hidup, ayah tak pernah halang saya nyanyi lagunya…” – Syafiq Farhain

“Masa hidup, ayah tak pernah halang saya nyanyi lagunya…” – Syafiq Farhain

Loading...
“Masa hidup, ayah tak pernah halang saya nyanyi lagunya…” – Syafiq Farhain
                                             
Selepas pemergian penyanyi lagenda negara Saleem, satu-satu anaknya yang bergiat aktif dalam industri hiburan, Syafiq Farhain sering mendapat permintaan daripada pihak penganjur dan peminat untuk menyanyikan lagu arwah bapanya.


Mewarisi kelunakan suara bapanya, maka tidak hairanlah jika pemilik nama Syafiq Farhain mendapat perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, semalam ibu tiri kepada Syafiq, Julia mahukan pihak syarikat rakaman meminta izin kepadanya terlebih dahulu jika anak tirinya itu ingin menyanyikan lagu Saleem. 

Kenyataan Julia sememangnya mengundang perhatian ramai. Namun bagi Syafiq dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan tetap menyanyikan lagu arwah bapanya, sekiranya mendapat permintaan pihak penganjur persembahan.

Menurut Syafiq semasa hayat bapanya, sebenarnya Saleem tidak pernah menghalangnya menyanyikan lagu-lagunya.

“Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja.”

                                    
“Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia. Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya.”

                                 
Menurut Syafiq, dia berpegang pada kata ayahnya sehingga sekarang. Malah, setiap kali dia bertemu, ayahnya tidak pernah menghalang dia menyanyikan lagu.

Sebelum ini, Julia Bachok telah memberi amaran kepada pihak yang sewenangnya menyanyikan lagu arwah suaminya supaya meminta izin kepadanya terlebih dahulu.

Menurut netizen, kenyataan yang dikeluarkan olehnya seolah-olah merujuk kepada anak tirinya Syafiq Farhain yang sering diminta menyanyikan lagu Saleem.

                        
Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

0 Ulasan