Header Ads

Najib Di Tahan,Kemana Rosmah Pergi?

loading...
Najib Di Tahan,Kemana Rosmah Pergi?


KUALA LUMPUR
:
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman pasangan itu  di Jalan Langgak Duta tengah malam tadi.

Rosmah dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Ketika keluar, kenderaan terbabit turut kelihatan membawa lima individu.


Sebelum itu peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut dilihat memasuki perkarangan rumah Datuk Seri Najib sekitar jam 9:30 malam tadi.

Kediaman pasangan itu sememangnya menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa sejak petang tadi.

Najib sebelum itu ditahan pegawai SPRM kira-kira pukul 2.35 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Pasukan Petugas Khas (1MDB) turut mengesahkan telah membuat tangkapan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.