Breaking News

Keluar Dengan Anak Najib Di Taiwan,Celia Zhang Yang Bayar

Loading...
loading...
Keluar Dengan Anak Najib Di Taiwan,Celia Zhang Yang Bayar



PETALING JAYA: Pelakon Taiwan, Celia Zhang berkata, dia tidak menerima sebarang wang atau hadiah daripada Datuk Mohd Nazifuddin Najib sepanjang pertemuan mereka di Taiwan pada Khamis lalu.

Dalam status yang dimuat naik di halaman Facebooknya pada Sabtu, jurucakap agensi pengurusan Zhang berkata, pelakon itu sebagai 'tuan rumah' yang membayar perbelanjaan kedua-dua mereka pada hari berkenaan,

"Zhang tidak mahu isu terus berlanjutan dan meminta semua pihak tidak risau," tulisnya dalam bahasa Cina.

Tambah jurucakap itu, Zhang mengambil perhatian terhadap komen-komen di halaman Facebooknya dan berterima kasih di atas niat baik mereka.

Status itu turut memberitahu bahawa selepas membaca komen-komen berkenaan, Zhang memahami sentimen rakyat Malaysia berhubung insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, jurucakap berkata, agensi tersebut berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana ancaman atau penghinaan terhadap Zhang.


Portal berita Taiwan, Apple Daily melaporkan Mohd Nazifuddin, anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menghabiskan masa seharian bersama Zhang di Taipei.

Susulan itu, portal berkenaan menyebut Zhang menafikan dia dan Mohd Nazifuddin bercinta.

Malah, aktres itu memberitahu dia mengambil teksi pulang ke rumah selepas pertemuan mereka dan tidak bermalam dengan lelaki itu.

Pertemuan itu dibuat sehari selepas Najib dibebaskan dengan ikat jamin susulan penahannya pada 3 Julai di atas dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tiada ulasan

jerit kat sini