Header Ads

Jamal ditahan ketika sedang gunting rambut

loading...
Jamal ditahan ketika sedang gunting rambut

PETALING JAYA: Ahli politik yang menjadi buruan, Datuk Seri Jamal Yunos ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia ketika sedang mendapatkan perkhidmatan di salon rambut di Jakarta Selatan, lapor Astro Awani.

Menurut sumber, Jamal, 48, bersembunyi di beberapa lokasi sebelum ditangkap pada pukul 6.15 petang oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri), pada Isnin.

"Dia dipercayai bersembunyi di Medan, Utara Sumatra sebelum berpindah ke Jakarta Selatan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Dia juga dipercayai pergi ke Medan melalui laluan laut," lapor sumber berkenaan.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis Malaysia sudah dihubungi untuk penghantaran balik pemimpin kumpulan Baju merah itu.

Jamal kini disiasat untuk sekurang-kurangnya enam kesalahan, termasuk mencetuskan gangguan awam dengan memecahkan botol alkohol untuk membantah Festival Beer Better di bangunan sekreteriat negeri Selangor, Oktober lalu.

Polis melancarkan pencarian selepas dia didapati lari dari wad di Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.