Degupan Itu Terhenti - Anak Amy Search Meninggal Dalam Kandungan

Degupan Itu Terhenti - Anak Amy Search Meninggal Dalam Kandungan

Loading...
‘Degupan Itu Akhirnya Terhenti Dan Hilang Dari Pandangan’ – Anak Amy Search Meninggal Dalam Kandungan

Pada penghujung bulan Mei yang lalu, penyanyi rock tanah air, Amy Search telah mengumumkan isterinya Nourish telah hamil empat minggu.

Namun, penyanyi itu terpaksa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

 Semalam Amy telah memuat naik satu video di laman Instagramnya dan mengesahkan bahawa kandungan isterinya sudah tidak bernyawa lagi.


Menurut Amy, ketiga-tiga anakya Alex, Sania dan Qaqa sangat sedih apabila menerima berita kehilangan adik bongsu mereka itu.
“Qaqa menangis teresak-esak antara mereka. Moga kami semua reda dengan dugaan yang tidak terpandang ini.”
“Saya pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan reda dengan dugaanNYA,”
Sementara itu, ruangan komen penyanyi kumpulan Search itu dihujani dengan ucapan takziah daripada pengikutnya yang menyifatkan berita itu sebagai ujian buat Amy sekeluarga.

Walau bagaimanapun, Amy tidak menyatakan sebarang sebab mengapa anak dalam kandungan itu meninggal dunia.

Catat Ulasan

0 Ulasan