Abby yang baru sahaja keluar dari hospital akibat batuk berdarah, demam dan darah tinggi semalam berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Rezeki. Terima kasih Allah, dah ada bayi lelaki. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.
“Keluar hospital terus kita pergi ambil bayi ini. Nama pun tiada. Nanti saya kongsi gambar ya,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon yang pernah popular dengan drama Gerak Khas itu turut memberitahu kepada peminat bahawa dia dan suami, Faizal Zakaria sedang mencari seorang anak angkat.
“Saya hendak mencari bayi untuk saya dan suami jaga sebagai anak angkat. Boleh kongsi info di mana saya boleh mengambil atau pergi tengok?
“Kalau boleh yang tiada syarat ketat dan bukan-bukan sebab niat saya ikhlas ingin menjaga anak itu sebaiknya,” tulis Abby lagi.