Header Ads

BIJAN Dan ROSMAH

loading...
BIJAN Dan ROSMAH
TERLOPONG apabila mendengar nama Bijan disebut sebagai salah satu jenama beg yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ramai yang tidak pernah mendengar nama jenama berkenaan, malah media meminta Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media semalam mengeja perkataan Bijan bagi mendapatkan kepastian mengenai jenama berkenaan.


Bijan yang disebut Amar Singh itu bukanlah jenama yang mengambil nama bijian bijan sebaliknya Bijan yang disebut sebagai ‘Bizaen’ (perkataan dalam bahasa ) adalah antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia yang dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik.
Berdasarkan carian di blog, The Most Expensive Journal, Bijan adalah antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin sahaja mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.
Pada mulanya, jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka, Bijan Pakzad yang meninggal dunia pada tahun 2011, juga pengasas jenama ini melalui temujanji khas.
Bijan pada awalnya adalah satu-satunya pereka fesyen bagi semua jenis kelengkapan badan lelaki, iaitu pakaian, kasut, skaf, tali leher, barang kemas dan jam tangan hingga ke beg bimbit serta haruman eksklusif.
Beliau kemudiannya menambah koleksi kepada pakaian dan kelengkapan wanita termasuk beg tangan, haruman dan barang kemas.
Bijan juga pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan.
Amar Singh mendedahkan, beg jenama Bijan itu tidak boleh dibeli di pasaran biasa sebaliknya ia ditempah khas dan antara paling mahal dipercayai beg jenama Bijan berharga RM1.6 juta dan ia adalah antara 567 beg tangan daripada 37 jenama yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri itu.
Difahamkan harga bagi satu beg sandang kulit buaya dicatatkan dalam portal atas talian berharga RM16,105.
Selain jenama Bijan, beg tangan yang dirampas termasuklah jenama Hermes, Prada dan Chanel.
Koleksi beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta iaitu yang paling mahal.
Harga bagi beg tangan Birkin jenama Hermes adalah antara RM25,000 and RM100,000 dan beg koleksi khas harganya lebih mahal.
Untuk rekod, Bijan Pakzad yang lebih dikenali sebagai Bijan kelahiran Iran mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat adalah perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula era Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.
Beliau juga adalah pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair and Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan selebriti serta tokoh terkemuka dunia seperti Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson dan pemain bola keranjang Micheal Jordan.
Pereka fesyen itu juga turut menjadi pilihan pereka fesyen lain seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani, selain artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise dan Anthony Hopkins.
The Huffington Post menamakan butik House of Bijan sebagai kedai ikonik yang paling mahal yang mana Bijan memaparkan kemewahannya menerusi rekaan dalaman dihiasi lampu hiasan kristal, perabot mewah dan lantai marmar.
Sebelum kematiannya, Bijan yang dikenali sebagai pereka fesyen eksklusif hanya menerima tempahan melalui temujanji khas dengan di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari.
Dalam satu laporan media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Los Angeles dinamakan sebagai destinasi pilihan beli belah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.