Breaking News

Selepas Haji Hadi,Zam Pula Mimpi TGNA Hilang Kedua Belah Kaki

Loading...
loading...
Selepas Haji Hadi,Zam Pula Mimpi TGNA Hilang Kedua Belah Kaki

Mimpi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercerita bahawa dia bermimpi melihat bekas mursyidul am parti itu, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang berterusan hari ini.
Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin pula tampil dan mengakui beliau juga termimpikan bekas menteri besar Kelantan itu yang menurutnya, kehilangan kedua-dua belah kakinya.
"Haji Hadi mimpi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz hilang sebelah kakinya kerana anaknya Nik Omar sertai Pakatan Harapan tapi saya mimpi Nik Aziz hilang kedua belah kakinya kerana semua penyokong PAS ikut langkah Nik Omar.
"Hidup Nik Omar," kata Zainuddin yang juga mesra dengan panggilan Zam dan adalah bekas ketua pengarang Utusan Malaysia dalam satu ciapan di Twitter.
Bagaimanapun, sejurus selepas itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga adalah anak saudara Nik Aziz menyelar kecaman peribadi itu melalui catatan di Facebook beliau hari ini.
"Dalam isu Nik Omar, bagi PAS, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abduh mewakili pihak keluarga beliau, dan tidak perlu ada kenyataan lain. Tindakan beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan adalah urusan dan pilihan beliau sendiri yang tidak perlu diperbesarkan.
"PAS ingin tegaskan hanya kenyataan pimpinan utama sahaja adalah kenyataan rasmi parti. Manakala kenyataan lain, PAS tidak bertanggungjawab.
"PAS menganggap sebarang kenyataan melampau yang menyerang beliau (Nik Omar) adalah tindakan yang keterlaluan," kata beliau.
Namun antara pimpinan PAS yang turut mengecam pendirian Nik Omar secara tersirat adalah Abdul Hadi sendiri yang menyiarkan surat terbukanya kepada anak-anak bekas pimpinan PAS yang sudah bertukar haluan bahtera politik.
Judul surat terbuka itu adalah 'Surat terbuka kepada anak pemimpin yang meninggalkan perjuangan ayah' yang disiarkan di laman rasmi PAS semalam.
Baca ini juga:
Hadi Awang mimpi Tok Guru Nik Aziz jalan dengan kaki sebelah.

"Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga HARAPAN.
"Apa yang menarik bahtera HARAPAN mengumpulkan kumpulan DAP yang anti Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas Al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.
"Bersama HARAPAN juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya.
"Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa Al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya," kata Abdul Hadi dalam surat terbukanya itu.

Tiada ulasan

jerit kat sini