Breaking News

Ibu Marah Dakwa Nik Omar Anak Derhaka

Loading...
loading...

Ibu Marah Dakwa Nik Omar Anak Derhaka




Pensyarah UKM, Dr. Kamarul Yusoff hari ini mendedahkan mesej Datin Tuan Sabariah, ibu kepada Nik Omar yang meminta anaknya itu menarik diri daripada meneruskan hajat bertanding di DUN Chempaka.

Pada awalnya mesej Datin Tuan Sabariah viral dalam bentuk audio yang bertebaran di ruangan WhatsApp dan Youtube. 

Dr. Kamarul kemudiannya menjadikan ia dalam bentuk kata-kata untuk dirakamkan sebagai rekod sejarah untuk rujukan masa depan.


Berikut adalah apa yang disebarkan oleh pensyarah berkenaan seperti yang dipetik dari Facebooknya;

MESEJ DATIN TUAN SABARIAH KEPADA NIK OMAR: “KALAU TAK TARIK DIRI JADI ANAK DERHAKA” (SETELAH DIBAKUKAN).

Transkripsi rakaman audio bonda Nik Omar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak :


“Saya baca tadi waktu di dalam kereta tulisan mendakwa, "Datin Tuan Sabariah pun ikut Nik Omar sertai AMANAH". Bila saya ikut? Saya tak ikut, saya tak suka, Nik Omar pun tidak maklumkan kepada saya. 


Nik Omar bercakap dengan saya, saya selalu berpesan kepada dia, “Kalau orang bertanya maklumkan begini, “Saya hendak berada sebelah ayah saya (PAS) sebab ayah saya meninggal dunia dalam PAS”". "Maklumkan begitu pun orang sudah faham", kata saya, "Tak usah (sertai AMANAH)". 

"Tidak, tidak (akan sertai AMANAH)", kata Nik Omar, dia tidak mengaku. Kata Nik Omar, "Kalau Che tidak izin (sertai AMANAH) saya tidak (akan sertai AMANAH)". "Jawapan itu pun sudah tidak mantap", kata saya, “Mengapa cakap begitu?” Kata Nik Omar, “Cakap begitulah sebab Che memang tidak izin (sertai AMANAH)”. 

Jadi sedar-sedar pagi Sabtu itu sajalah bila orang tunjuk gambar (Nik Omar jadi calon AMANAH) kepada saya waktu saya pergi ke Bachok (mengiringi Nik Mohamad Abduh di tempat penamaan calon). 

Malam sebelum itu Nik Omar sudah tidak pulang ke rumah. 

Malam Jumaat itu, sesudah sembahyang isya’, saya berada bersama isteri Nik Omar, Kamaliah, yang bertanya saya, “Abang Omar ada maklumkan kepada Che kah dia mahu pergi ke mana?” Jawab saya, “Nik Omar tidak maklumkan apa-apa, malah sudah banyak hari saya tidak berjumpa dengan dia”. 

Kata Kamaliah, “Nik Omar belum pulang lagi sejak turun dari rumah Jumaat tadi”. Jadi saya pun diam begitu sahajalah. 

Esok paginya saya berjumpa dengan anak Nik Omar dan bertanya, “Ayah pulang ke rumahkah semalam?”. Jawab Nik Omar, “Tak tahu”. 

Selepas itu saya pergi ke tempat penamaan calon di Bachok, saya tidak berjalan banyak kerana saya sakit lutut, duduk berdiri sekejap kemudian berkata, “Nak pergi berehat di Markas”. 

Waktu berehat di Markas itu, isteri Bunyamin maklumkan, “Datin jangan terkejut ya, terimalah hakikat ini”. Isteri Bunyamin pun tunjukkan gambar perarakan calon Nik Omar di dalam telefon dia. 

Saya tidaklah terlalu terkejut kerana sudah tahu malam tadi. Saya sudah menjangka bahawa Nik Omar sudah dilarikan orang. Saya telefon dia malam sebelumnya, tetapi dia tidak menjawab. 

Saya pun menghantar mesej kepada Nik Omar menyebut “Tarik dirilah, kalau tak tarik diri jadi anak derhaka”. 

Barangkali Nik Omar tidak membacanya, telefon dia dipegang oleh orang lain, orang telefon dia tidak dijawab tidak apa”.
 

Tiada ulasan

jerit kat sini