Breaking News

(VIDEO) BESARNYA RUMAH BARU ALIFF SYUKRI,BOLEH BERKELAH DALAM TAMAN

Loading...
loading...
12-26-30-image-807-900x400-1.jpg(VIDEO) “BESTNYER RUMAH BARU ALIFF SYUKRI,BOLEH BERKELAH DALAM TAMAN


Selepas 4 tahun melalui banyak proses dan penuh dengan dugaan yang datang bertubi-tubi,Aliff Syukri kini mampu untuk mengukir senyuman bahagia apabila dia di katakan sudah dapat melihat rumah impiannya itu hampir siap 100%.

Katanya banyak perhiasan di dalam rumah sudah sampai dan di susun cantik, ruang tamu juga nampak sangat mewah dan segala taman dan perhiasan sudah pun sempurna.

image-808.jpg

Dalam banyak-banyak design yang ada di rumah mewah Aliff Syukri, ukiran taman dengan banyak tanaman cantik menjadi perhatian ramai orang.

Kata Aliff syukri, rumahnya itu mempunyai taman rahsia di mana banyak pokok dan hiasan di ambil dari konsep luar negara seperti Italy. Cuba tengok kesemua gambar ini,nampak sangat cantik dan indahkan?

image-809.jpg

Selain itu, Aliff Syukri turut memelihara beberapa ekor ayam kampung yang akan berkeliaran di sekitar tamannya membuatkan suasana kampung juga ada di wujudkan di rumah mewahnya itu.

image-810.jpg

Bila petang-petang penat bekerja, makanya di ruang inilah yang akan menjadi tumpuan keluarga Aliff Syukri.
Dengan pancutan air terjun yang mengalir dan menenangkan, ada banyak ikan koi berenang di dalam kolam, terasa sangat bahagia bila suasana rumah seperti ini. Betul tak?

image-811.jpg


image-812.jpg

Satu rakaman video di muat naik di mana Aliff Syukri membawa keluarganya untuk berkelah berdekatan dengan kolam ikan koi di rumahnya.

Aduh,nampak sangat best dan santai bila makan-makan dengan keluarga sambil menikmati nasi lemak panas macam itu. Yang berada di atas kerusi itu jika anda nak tahu, itulah dia nenek Aliff Syukri.

BIODATA
Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan usahawan Malaysia dan pengarah urusan dan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang terkenal dengan slogannya, ‘Terlajak Laris’.

Beliau merupakan anak ketiga kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada sekarang ini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki.

Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen.

Melihat di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tiada ulasan

jerit kat sini