Header Ads

Tunjuk Romantik...Muat Naik Gambar Berpelukan Baju Sedondon, Izreen Azminda Dan Ude Dihentam Netizen

loading...
Tunjuk Romantik...Muat Naik Gambar Berpelukan Baju Sedondon, Izreen Azminda Dan Ude Dihentam Netizen

Izreen Azminda dan Ude Wahid telah mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing tetapi masih tidak memasang fungsi komen. Ini bermakna netizen tidak dapat meninggalkan komen pada gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka sebagai mana lazimnya.
Seperti pasangan lain yang sedang menyulam bahagia, Izreen telah berkongsi gambar mesranya dengan Ude ke Instagram.

Bagimanapun terdapat akaun Instagram lain yang telah memuat naik semula gambar tersebut dan netizen telah mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen berunsur hentaman kepada Izreen dan Ude kerana gambar itu.


  
Kebanyakan Netizen mendakwa pasangan itu mematikan fungsi komen kerana takut dihentam di akaun sendiri. Tindakan Izreen didakwa Netizen sebagai tidak menghormati bekas isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh yang masih dalam edah.
Izreen  telah memuat naik satu lagi gambarnya selepas itu, berkata diam itu emas.
Ude Wahid, 30, seorang pemuzik, telah menceraikan isteri yang dikahwini selama lima tahun, Intan Liana Saleh, 33, seorang surirumah pada Mac lepas setelah bernikah secara rahsia dengan Izreen pada Ogos 2017.
Ude meninggalkan rumah setelah Intan mengetahui tentang perkahwinan itu dan memfailkan perceraian dengan Intan pada 30 November 2017, setelah tiga bulan mengahwini Izreen. Ude dan Intan mempunyai dua anak hasil perkahwinan mereka. – beautifulnara.com
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.