Header Ads

Tiba-tiba lalat penuh rumah, disihir mak tiri sampai mati

loading...
Tiba-tiba lalat penuh rumah, disihir mak tiri sampai mati




Tiba-tiba lalat penuh rumah, disihir mak tiri sampai mati | Assalamualaikum dan terima kasih admin jika penulisan ini post di FB. Aku ingin berkongsi cerita berkenaan mak tiri aku yang menggunakan ilmu hitam kepada keluarga aku sejak 21 tahun yang lalu. 



Lamakan mak tiri aku bermain dengan sihir. Itu yang aku tahu, before tahun 1997 entah dah start sihir or tak Walallahualam.

Pada asalnya kami sekeluarga hidup bahagia aman sempurna walaupun dalam keadaan sederhana. Namun keadaan menjadi ‘kucar-kacir’ sekitar tahun 1997 dan ketika itu rumah tangga ibu dan arwah ayah memang sudah di saat genting. 

Pada tahun 1998, mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai dan hak penjagaan anak-anak diberi kepada ibu. Makanya kami tiga beradik tinggal bersama ibu. Ketika itu memang aku tidak tahu punca kenapa mereka bercerai, yang pasti arwah ayah ada orang lain. Pada tahun 2001 aku mendapat berita bahawa arwah ayah akan berkahwin dengan perempuan tu sekali gus aku mendapat mak tiri.


Tahun demi tahun, baru aku dapat tahu arwah ayah sudah terkena sihir daripada mak tiri. Macam mana aku tahu? Sebab ibu ada berjumpa ustaz-ustaz bertanyakan tentang arwah ayah. Mengapa dia berubah dengan mendadak. Ibu mengambil keputusan untuk berpindah dari daerah aku membesar. Mungkin mahu merawat luka di hati. Siapa tak sayang suaminya kan, sudah membina rumah tangga hampir 13 tahun, tahu-tahu dimusnah oleh seorang perempuan yang menggunakan sihir ke atas arwah ayah.

Pada awalnya tiada benda-benda mistik berlaku kepada kami. Tapi bermula tahun 2010, keadaan rumah agak pelik. Lalat tiba-tiba banyak! Bukan di tong sampah, tapi di sliding door! 

Selak sahaja curtain banyak lalat di situ. Ada satu hari ketika ibu mahu membasuh baju, dibukanya bekas sabun SubhanAllah! Terkejut kami kerana ada beberapa ekor lalat di dalamnya. Entah macam mana boleh masuk pun tak tahu. Itu belum lagi apabila kami sedang bersolat, menonton televisyen dan nak masuk tidur. 

Memang akan ada lalat.

Ibu mengambil keputusan untuk memanggil orang untuk berubat di rumah itu. Tidak dinafikan memang rumah kami di sihir. Ustaz ada bagitahu bahawa lalat yang dihantar itu adalah jin.

Dan sejak hari itu ibu dirasuk oleh makhluk halus yang ‘dihantar’ oleh ‘seseorang’. Pada mulanya ketika ibu di rasuk, memang ‘dia’ akan diam bila kami bertanya siapa yang ‘hantar’. Tapi sejak dua tiga kali berubat baru makhluk yang berada dalam badan ibu tu mula bercakap yang mempunyai dialek bahasa sebuah negeri di Timur Malaysia. 

‘Dia’ memberitahu tuan yang menghantarnya itu dengan menyebut nama penuh mak tiri kami. Memang aku terkejut sebab kenapa tiba-tiba dia nak kacau kami pulak.

Ketika ‘dia’ memberitahu siapa tuannya, memang aku geram. Apa lagi yang mak tiri aku tu mahu sedangkan dia sudah mendapat arwah ayah aku. 

Ada satu ketika ibu dirasuk, ‘dia’ ada memberitahu bahawa arwah ayah sudah tidak sayangkannya lagi. Sebab itu dia mengganggu kami dan mahu ‘membunuh’ kami sekeluarga. Umpama kami ni pengacau hidup dia. Mak tiri juga ada membuat sihir untuk ‘menutup’ ibu supaya ibu tidak bertemu jodoh lain. Padahal kami tak pernah mengganggu kehidupan dia. 

Tak pernah balas apa-apa yang dia buat ke atas kami. Bila jumpa depan-depan, mak tiri saya tu memang pijak semut pun tak mati. Memang kalau orang tengok dia tu jenis baik-baik saja.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah, sihir di badan ibu dapat dibuang (walaupun bukan sepenuhnya). Ibu bertemu jodoh pada 2012. Namun arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2013 kerana sakit jantung.

 Aku ingat selepas arwah ayah meninggal dunia memang dia dah tak ganggu kami, rupanya lagi menjadi-jadi sihirnya. Bukan sahaja di rumah ayah baru aku dikacaunya, di rumah ibu yang lama tu pun di hantar sihir.

Ibu pernah dirasuk kembali setelah sekian lama dia tak kena. ‘Dia’ memberitahu tuannya tak suka tengok ibu bahagia. Tuannya memang mahu memusnahkan perkahwinan ibu yang kedua ini. Tuannya juga tak suka tengok anak-anak arwah ni bahagia dan hidup senang. Percayalah, kami memang tidak pernah kacau pun mak tiri tu.

Mak tiri makin panas hati apabila duit peninggalan arwah ayah tu dia hanya dapat sikit saja untuk bahagiannya. Sudah memang kami adik-beradik bahagi harta ikut faraid, kenapa dia nak mempersoalkannya pulak? 

Bukan sahaja mak tiri tu bodoh bab harta dalam Islam, anak dia pun sama. (anak dia dengan first husband. Mujur lah arwah ayah tak ada anak dengan mak tiri). Memang kalau boleh dia nak bolot semua harta arwah ayah (Macam drama kan, haa ni memang reality weh!).

Sehingga hari ini mak tiri masih mengganggu kami dengan sihir. Sehinggakan diri aku pun terkena sihir mak tiri tu. Aku hanya mampu berdoa saja supaya mak tiri insaf dan berhenti melakukan perbuatan syirik ni. Masa arwah ayah meninggal dunia dulu pun entah sempat atau tak dia meminta maaf atas perbuatan sihir dia tu.

-DAHLIA-
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.