Header Ads

Tahun Malang Empat Artis

loading...
Tahun Malang Empat Arti


Foto: Blog Harian

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai tragedi kemalangan melibatkan artis tempatan yang berlaku pada era-90an ini. Anehnya 3 kes kemalangan ini berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1990.
Antara nama artis yang muncul yang cukup memberi impak pada negara adalah Zaiton Sameon kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini.


Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah ‘kemalangan popular‘ lain yang berlaku pada tahun yang sama.
Mungkin ini kebetulan namun ia cukup meninggalkan kesan parut buat artis-artis ini.

1Man Kidal Lefthanded- 18 Jun 1990




Kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan.
Kereta itu dipandu oleh pemain dram LefthandedMan Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain yang terselamat adalah 3 ahli keluarga Man Kidal yang cedera ringan.

2Komposer Azmeer & Ramlah Ram- 19 Jun 1990





Anehnya, keesokan harinya, pada 19 Jun 1990 tanpa diduga komposer terkenal Azmeer dan penyanyi Ramlah Ram terlibat dengan kemalangan. Kereta yang dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam.
Kemalangan itu mengakibatkan Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.
Ramai yang tak tahu, kemalangan tersebut kali kedua menimpa Azmeer kerana beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat.

3Zaiton Sameon- 21 Februari 1990




Dua tragedi kemalangan ini tidak dapat ‘menandingi’ tragedi yang berlaku lebih awal pada yang menimpa Zaiton Sameon. Zaiton cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali.
Kecederaan Zaiton menyebabkan dia lupa ingatan hingga kariernya yang memuncak pada masa itu menjadi kelam dalam sekelip mata. Lebih memilukan apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama.
Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu. Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Zaiton koma selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya.
Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup.

Tahun 1990 Penuh Misteri?

Nampaknya tahun 1990 telah menyaksikan peristiwa hitam dalam dunia hiburan. Kemalangan yang berlaku ini bukan biasa-biasa namun telah meragut nyawa orang yang tersayang.
Adakah ini dipanggil misteri? Sebenarnya inilah yang dinamakan sebagai ketentuan Illahi, siapalah kita untuk menyalahkan takdir!

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.