Breaking News

Sudah hampir sebulan, bila jenazah Mariam nak dikebumi?

Loading...
loading...
Sudah hampir sebulan, bila jenazah Mariam nak dikebumi?

JENAZAH Mariam Moustafa, pelajar Mesir yang mati selepas dipukul sekumpulan perempuan bulan lalu masih belum dikebumikan.

Mariam, 18 tahun, diserang kumpulan terbabit sekitar jam 8 malam di Victoria Centre, 20 Feb lalu.

Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Nottingham City pada 14 Mac.



Selepas lebih dua minggu pemergiannya, jenazah Mariam masih disimpan di bilik mayat hospital.

Ini menimbulkan kemarahan ayahnya Mohammed Moustafa, 50, yang menganggap dirinya seperti terpenjara di rumah sendiri.

“Bagaimana saya nak lelapkan mata selepas apa yang berlaku?

“Anak saya di bilik dingin beku sedangkan mereka yang membunuhnya bebas di luar,” luah Moustafa dalam nada kecewa.

Mohammed Moustafa  mempersoal tindakan pihak berkuasa yang lambat selesaikan kes kematian Mariam - Foto metro.co.uk
Mohammed Moustafa mempersoal tindakan pihak berkuasa yang lambat selesaikan kes kematian Mariam - Foto metro.co.uk

Bagaimanapun, menurut polis Nottinghamshire, beberapa proses bedah siasat masih perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan kematian Mariam berpunca serangan itu.

Mohammed diberitahu, proses berkenaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 minggu lagi.

Namun baginya bukti sudah cukup untuk keputusan dibuat, persoalannya mengapa sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat.

“Saya faham apa yang telah berlaku. Jika masih ada keraguan saya faham, tapi sekarang semuanya jelas.

“Kenapa perlu lapan hingga 12 minggu lagi, beri saya satu sebab mengapa? Ada sesuatu yang tidak kena,” cabar Mohammed.

Mohammed berhasrat membawa pulang jenazah Mariam ke Mesir untuk dikebumikan, namun niatnya itu sehingga kini masih tertangguh berikutan prosedur berkenaan.

Setakat ini hanya seorang gadis berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat membelasah Mariam. Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan.

Bagi polis, keputusan sama ada insiden berkenan akan disiasat sebagai jenayah lebih berat berbanding serangan akan dibuat berdasarkan hasil bedah siasat 16 Mac lalu.

Namun hasil bedah siasat itu gagal membawa sebarang keputusan dan beberapa siri ujian lagi perlu dijalankan bagi mengesahkan punca kematian Mariam.

Menurut Mohammed lagi, Mariam dilahirkan dengan separuh daripada jantungnya tidak berfungsi dan dia pernah menjalani empat atau lima pembedahan di Itali sebelum ini.


Mariam mangsa kebencian agama? Maut dibelasah 10 perempuan di Nottingham


MARIAM Moustafa pelajar Mesir berusia 18 tahun meninggal dunia hampir sebulan selepas terlantar di hospital.

Dia cedera teruk selepas dibelasah sekumpulan sepuluh wanita di Parliament Street, Nottingham pada malam 20 Februari lalu.

Ketika itu Mariam yang berjalan seorang diri dimaki kumpulan itu. Mereka memanggilnya ‘mawar hitam’ sebelum  bertindak menyepak dan memukulnya.

Mariam yang tidak berdaya berlari masuk ke dalam sebuah bas. Dia meminta pemandunya agar tidak membenarkan kumpulan itu masuk, namun permintaannya itu tidak diendahkan.

Dia terus dikejar sehingga ke tingkat atas bas berkenaan sebelum seorang lelaki cuba menghalang. Bagaimanapun mereka tidak ambil peduli dan terus memukul Mariam sehingga dia tidak sedarkan diri.

Ketika itu barulah pemandu bas berkenaan masuk campur dan menghubungi ambulans.

Mariam dikejarkan ke hospital sekitar jam 9 malam dan dibenarkan pulang sekitar jam 2 pagi. Dia pada mulanya enggan kerana berasa belum sihat namun akhirnya akur kehendak pihak hospital 

Keesokan harinya adiknya Malak, 16, ketika cuba mengejutkan Mariam mendapati tubuh kakaknya itu lebam dan membiru.

Mariam dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam keadaan koma selama 12 hari.

Ibu-bapanya cuba mendapatkan rakaman kamera keselamatan daripada polis tetapi hampa apabila dimaklumkan kamera keselamatan di kawasan kejadian rosak.

Ini bukan serangan pertama

Ayah saudara kepada Mariam, Amr ElHairy, 46 mendedahkan ini bukan kejadian pertama yang menimpa anak saudaranya itu.

Empat bulan lalu Mariam dan Malak pernah diserang mengakibatkan kaki Malak patah. Dua daripada pelakunya adalah orang yang sama dalam kejadian yang meragut nyawa Mariam.

Serangan kedua terhadap Mariam akhirnya meragut nyawa pelajar berusia 18 tahun itu - Foto metro.co.uk
Serangan kedua terhadap Mariam akhirnya meragut nyawa pelajar berusia 18 tahun itu - Foto metro.co.uk

Ayah Mariam, Mohamed, 49, dan isterinya Nisreen,41  telah membuat laporan polis namun tindakan itu bagai mencurah air ke daun keladi. Tidak langsung ada tindakan.

Bagi Amr, kalau polis mengambil berat mengenai laporan berkenaan, Mariam mungkin masih lagi bernyawa ketika ini.

Bukan mangsa kebencian agama, kaum - Polis 

Kemarahan sama turut dizahirkan Malak. Baginya pihak polis bertindak sambil lewa dalam menangani kes ini.

Dakwa Malak, ketika kakaknya terlantar dan menjalani sembilan kali pembedahan, kumpulan yang bertanggungjawab bebas berkeliaran dan berkongsi video kejadian di media sosial.

Pihak hospital juga didakwa cuai kerana membenarkan Mariam pulang tanpa menyedari ada pendarahan di otaknya.

Serangan terhadap Mariam mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Mariam dikatakan mangsa kebencian kaum dan agama di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun pihak penyiasat memaklumkan tidak ada maklumat bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan.

Laporan bedah siasat setakat ini masih belum diumumkan.

Tiada ulasan

jerit kat sini