Header Ads

Sokong BN,Bisnes Serina Akan Di Boikot

loading...
Sokong BN,Bisnes Serina Akan Di Boikot

PETALING JAYA: Gara-gara berkongsi semangatnya untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, pelakon Serina Redzuawan menerima kecaman netizen yang tidak setuju dengan pilihannya itu.

Laman sosial Instagram pelakon Gerak Khas ini yang memuat naik beberapa foto ketika berada di majlis yang dianjurkan parti berkenaan pada malam Selasa lalu itu mula diserang netizen.

Malah, segelintir pengikutnya turut bertindak kurang matang dengan mengugut untuk tidak mengikuti lagi (unfollow) dan memboikot perniagaan makanan yang sedang diusahakan.
Ada juga netizen yang mengugut untuk membatalkan tempahan char kuew tiow dan kuih raya disebabkan perbezaan fahaman politik itu.




Netizen bergaduh di ruangan komen foto Serina.

Sementara itu, anak kepada Datuk Chef Wan ini menjelaskan foto dan status yang dimuat naik itu tidak bukan berbentuk desakan ke atas mana-mana pihak untuk membuat pilihan parti berkenaan.

Dia juga meminta peminat tidak terlalu emosi sehingga melibatkan perniagaannya dalam perkara berkenaan.

"Pelik betul nak emosi hal ini sampai nak palitkan bisnes I siap unfollow bagai. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Bukan I paksa pilih BN pun. Okey nanti U (you) cuba char koay teow dan air jagung heaven Serina.

"Kalau tidak suka tidak apalah kenapa nak tuduh I desperate?, I ok je rezeki berniaga cara halal. Alhamduilillah," tulisnya membalas komen netizen.

Dalam pada itu, Serina turut memberitahu dia memilih BN berikutan arwah datuknya merupakan bekas anggota tentera.

"Siapa kerajaan itulah yang I pilih sebab banyak membantu bekas tentera dan golongan selebriti. Arwah atuk I bekas tentera," ujarnya.

Pelakon itu juga meminta agar netizen berhenti berperang di ruangan komen Instagram miliknya dan berharap mereka menghormati pilihan masing-masing.

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.