Breaking News

Nassier Wahab Tak Mengaku Sakit

Loading...
loading...
Nassier Wahab Tak Mengaku Sakit

PENYANYI Datuk Nassier Wahab terkejut dengan laporan menerusi laman Youtube mengatakan dia kini sedang menderita penyakit buah pinggang.

Nassier, 55, menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan kesihatannya dalam keadaan baik dan bukan seperti dilaporkan dalam video itu.

"Saya terkejut apabila menonton berita di laman tersebut dan di sini saya ingin menjelaskan saya sihat dan baik-baik sahaja.


"Foto yang mereka guna itu menunjukkan tangan saya dibalut adalah gambar 10 tahun lalu. Ketika itu saya mengalami kecederaan kerana kebakaran.

"Pelik, kalau betul saya sakit buah pinggang, kenapa tangan pula yang berbalut? Saya tak tahu apa motif mereka buat cerita palsu itu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Cinta Luka ini turut berkongsi tip penjagaan kesihatan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Tambah Nassier, sebagai selebriti dia sangat mementingkan kesihatan dan tidak ambil mudah mengenai perkara tersebut.

Justeru dia meminta orang ramai terutama para peminatnya agar tidak mudah percaya dengan laporan YouTube berkenaan.

Akibat laporan tidak tepat itu ujar Nassier, dia menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada rakan-rakan dan saudara-mara yang terkejut selain mahu mengetahui kisah sebenar.

Tiada ulasan

jerit kat sini