Breaking News

Kalau Menang PRU14...Ini Janji Diva AA

Loading...
loading...
Kalau Menang PRU14...Ini Janji Diva AA

KUALA LUMPUR: Selebriti kontroversi, Azwan Ali yang kini calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dikatakan sanggup menjadi 'pembantu rumah' kepada penduduk bertuah di kawasan ditandinginya jika diberi peluang bergelar Yang Berhormat (YB).

Tampil bertanding atas tiket calon bebas menggunakan lambang gajah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Azwan bakal mencabar abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Jika saya ditakdirkan menjadi YB, saya akan turun padang bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
"Bukan setakat beri rendang percuma, saya boleh jadi pembantu rumah dan basuhkan bilik air penduduk bertuah Bukit Antarabangsa.

"Saya juga sanggup jadi pengasuh kanak-kanak dan cuci 'yeyek' (najis) mereka tetapi dengan syarat, kanak-kanak mestilah berusia enam bulan ke bawah," katanya.




Selain Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA bakal berdepan saingan dengan tiga lagi calon iaitu Salwa Yunus mewakili Barisan Nasional, calon PAS, Sharifah Hazlizah Syed Ariffin dan calon Parti Rakyat Malaysia, Ahmad Kamaruddin.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya jika dia tewas pada 9 Mei ini apabila Azwan berhajat untuk bertanding kerusi Parlimen di Pahang.

Menurut Azwan, walaupun ditakdirkan tewas dalam PRU-14, dia tidak serik untuk bertanding dalam pilihan raya seterusnya dan berhasrat menjadi wakil rakyat di Parlimen tersebut.

"Sekalipun saya tewas dalam pilihan raya kali ini, saya tidak akan berputus asa untuk bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

"Sebenarnya saya mahu bertanding di kerusi Parlimen Pekan," ujarnya secara berseloroh.

Tiada ulasan

jerit kat sini