Breaking News

Ingat Tak Ada Elektrik,Makcik Tersepit Di Kerusi Urut

Loading...
loading...
Ingat Tak Ada Elektrik,Makcik Tersepit Di Kerusi Urut

KUANG: "Mak cik ingat belum ada elektrik," itu jawapan seorang warga emas yang tersepit pada mesin urut di rumahnya di Kampung Setia di sini, Khamis.

Wanita berusia 70-an itu panik selepas tersepit pada mesin urut yang tidak berfungsi akibat bekalan elektrik di rumahnya terputus.

Selepas menunggu hampir satu jam, dia  menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya, dalam kejadian jam 3.26 petang itu, anggota bertugas hanya menggunakan alat kawalan jauh untuk membantu mengeluarkan mangsa.

"Wanita berkenaan tidak menyedari bekalan elektrik telah pulih kerana duduk dalam bilik gelap.

"Bagaimanapun, wanita berkenaan dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan," katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan

jerit kat sini