Header Ads

Comel..Anak Siapa Ni?Suka-suka Dia Tinggal Anak

loading...
Comel..Anak Siapa Ni?Suka-suka Dia Tinggal Anak

TAWAU: Seorang pembantu kedai kopi yang dalam perjalanan pulang dari kerja terkejut apabila mendengar tangisan dari dalam sebuah kotak di perhentian bas.

Sebaik sahaja menghampiri dan memeriksa kotak tersebut, wanita berusia 44 tahun itu terkejut apabila mendapati seorang bayi perempuan cukup sifat ditinggalkan di perhentian bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pengadu menjumpai bayi itu di perhentian bas Rastamas, Tawau pada jam 7.30 malam Sabtu lalu.

Menurut beliau, pengadu terdengar bunyi tangisan dari dalam sebuah kotak dan bertindak memeriksa kotak tersebut lalu mendapati seorang bayi lengkap berpakaian warna merah jambu dan berkulit cerah bersama beg berisi barang keperluan bayi.

Katanya, pengadu kemudian membawa bayi malang berkenaan ke balai polis berdekatan.

Bayi itu kemudian telah dibawa dan dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan awal.

"Hasil pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Dr.Ranver Singh mendapati anggaran usia bayi adalah 6 hingga ke 12 bulan memandangkan saiznya yang kecil dengan berat 12 kilogram," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Fadil, tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan bayi malang itu dan hanya terdapat alahan pada kulit di bahagian leher dan celah kangkang.

Katanya, bayi itu kini masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh Pegawai Perubatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil memberikan kerjasama. - Awani
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.