Wartawan Kosmo! yang meninjau rondaan itu turut menghidu bau busuk dan tengik bersama beberapa penduduk kampung yang dipercayai datang dari bawah rumah mangsa sehingga menyebabkan mereka mengalami batuk-batuk.
KESAN minyak hitam dipercayai diceroboh ‘orang minyak ‘ di dapur rumah mangsa. – Foto Siti Norhidayatidayu Razal

Namun, punca sebenar bau tersebut masih belum diketahui walaupun penduduk kampung telah memeriksa di kawasan bawah rumah mangsa.
Penduduk kampung antaranya ada yang memegang kayu melakukan rondaan dan berkawal di rumah mangsa yang diganggu orang minyak.

Bagaimanapun, sejurus terhidu bau tersebut, Nik Anis Ashira menjadi gelisah sebelum dia ditenangkan oleh ibunya, Tengku Hasnah Tengku Yusof, 43, dan seorang pengamal perubatan tradisional.
Tengku Hasnah berkata, dia yang bekerja di Kajang, Sela­ngor bergegas pulang ke Kubang Kerian dengan menaiki bas eks­pres sejurus mendapat panggilan telefon daripada adiknya berhubung serangan orang minyak itu.
Sosok misteri didakwa orang minyak yang dirakam penduduk. -Astro AWANI

Sementara itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, mendakwa rumahnya diganggu orang minyak sejak sebulan lalu.
“Kami penduduk kampung berjaga, mengepung dan melakukan sembahyang hajat, namun orang minyak ini tetap mengganggu.
“Sekurang-kurangnya empat rumah kampung ini menjadi mangsa balingan batu hingga menyebabkan cermin tingkap pecah.
“Ada penduduk mendakwa melihat kelibat orang minyak melakukan kejadian itu, namun usaha menangkapnya tidak berjaya,” katanya.