Header Ads

8 Peraturan Ketat Yang Harus Dijalani Isteri Kim Jong Un, Salah Satunya Tidak Boleh Bertemu Keluarga

loading...
8 Peraturan Ketat Yang Harus Dijalani Isteri Kim Jong Un, Salah Satunya Tidak Boleh Bertemu Keluarga

Siapa yang tidak mengenali Kim Jong Un? Pemimpin Korea Utara ini dikenali akan kekejamannya.

Ramai penduduknya yang mati dan tersiksa akibat peraturan yang dibuatnya.
Peraturan itu tidak hanya tertakluk kepada penduduk dan pegawai Korea Utara sahaja, tetapi juga pada isterinya, Ri Sol-Ju.

Jangan bayangkan menjadi isteri Kim Jong Un adalah menyeronokkan.
Banyak peraturan yang mesti dijalankan sebagai wanita pertama.

Dilaporkan dari halaman viralsection.com, ini 7 peraturan yang mesti dilakukan Ri Sol-Ju sebagai wanita pertama.


1. Ri Sol-Ju harus berdandan bergaya moden dan bebas

Ri Sol-Ju mesti berpakaian dalam gaya yang lebih kontemporari dan pada masa sama harus mewakili sisi tradisional Korea Utara.


2. Dia perlu memadam nama asal dan mengguna pakai nama samaran

Walaupun sangat umum bagi seorang wanita untuk menerima pakai nama suaminya selepas perkahwinan, Ri Sol-Ju harus melakukan hal yang lebih berat.

Dia harus menghapuskan nama kelahirannya dan mengguna pakai nama baru.

3. Ri Sol-Ju tidak lagi diizinkan untuk bertemu keluarganya

Sejak berkahwin dan menjadi wanita pertama, dia tidak pernah bertemu keluarganya.
Selain tidak diizinkan, tugasnya sebagai wanita pertama membuatnya sukar bertemu dengan keluarga.

4. Hanya diizinkan muncul pada acara khas

Ri Sol-Ju hanya diizinkan menghadiri acara khas. Meski menjadi wanita pertama, dia harus menjalani kehidupan rahsia.

5. Protokol Keamanan

Kerana gerakannya sangat terhad, mustahil baginya untuk mempunyai kehidupan sosial.
Pergerakannya diawasi dengan keselamatan yang tinggi dan dia tidak boleh dilihat dalam apa jua keadaan.

6. Tekanan memiliki anak lelaki

Setelah berkahwin, dia dipaksa untuk  segera memiliki anak.
Bukan itu sahaja, Ri Sol-Ju berdepan tekanan melahirkan anak lelaki sebagai pewaris di masa depan.

7. Masa lalunya dijaga dengan penuh rahsia

Tidak ada yang tahu tentang masa lalu Ri Sol-Ju.
Maklumat mengenai kelulusan, kehidupan sekolah dan keluarganya disembunyikan dari umum.

8. Pemimpin Korea Utara meminta CD pertunjukan band masa lalu Ri Sol-Ju dibakar menjadi abu
Ri Sol-Ju
Ri Sol-Ju pernah dikatakan menganggotai kumpulan muzik dan disebabkan itu, semua CD dan gambar penampilannya dibakar serta dihapuskan.

Menjadi  Wanita Pertama Korea Utara tidak semudah itu. Hidup yang dijalani kini bukan lagi miliknya.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.