Wira Penyelamat yang tewas while doing what he likes

Wira Penyelamat yang tewas while doing what he likes

Loading...
Wira Penyelamat yang tewas while doing what he likes



Wira Penyelamat meninggal dunia | TEMERLOH – Seorang anggota bomba, Abu Zarin Hussin, 32, yang terkenal menerusi kemahirannya menangkap ular tedung dilaporkan kritikal selepas dipatuk reptilia berbisa itu semalam.

Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Permatang Gading, Pasir Puteh di Kelantan itu kini masih menerima rawatan di Hospital Temerloh di sini.

“Dia belum sedarkan diri dan masih dirawat di wad kecemasan Hospital Temerloh. Kami menyeru semua pihak mendoakan keselamatan beliau,” ujar sumber itu sambil memberitahu enggan mengulas lanjut.

Abu Zarin yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh di sini terkenal dengan gelaran ‘Wira Penyelamat’ berikutan kecekapannya mengendalikan kes ular berbisa.

Difahamkan, kali terakhir Abu Zarin dipatuk ular berbisa ialah di Johor pada tahun lalu dan kejadian semalam merupakan kali ke-11 dia diserang reptilia berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu. – K! ONLINE

WIRA PENYELAMAT DISAHKAN MEINGGALKAN DUNIA

pagi ini kami mendapat info bahawa Wira penyelamat Telah kembali ke Rahmatullah. Dan kami terus membuka wallnya dan ternyata ramai kawan-kawan yang mengucapkan salam takziah

Sepanjang hayatnya, Walaupun dipuja jutaan peminat kerana aksi beraninya berdepan dengan haiwan, Mendiang Steve Irwin turut dikecam oleh segelintir ahli masyarakat (termasuk saya) kerana aksi berani (terjun dlm sungai tangkap buaya, bermain dgn haiwan berbisa, dan pelbagai lagi) itu sering menjadi ikutan anak anak yg masih muda terutamanya kanak kanak.

Malah ada yg tercedera kerana meniru aksi berani beliau. Tidak dinafikan ada kebaikannya kerana membuatkan orang ramai lebih menghargai haiwan dan alam sekitar namun ada juga keburukannya apabila haiwan liar/berbisa yg sepatutnya di takuti dan dihormati, dipertontonkan seperti jinak sehingga boleh dibelai,dicium tanpa apa apa risiko. 

Bagi yg tahu risikonya pasti gerun. Akan tetapi bagi kanak2 yg taktau apa apa, ia adalah aksi yg boleh ditiru jika bertemu dgn haiwan yang serupa..



Hari ini sekor lagi king cobra makan tuan..setelah beberapa hari bertarung nyawa, akhirnya tuannya tewas.. pernah berjumpa dgn tuannya tapi tak bertegur sapa, hanya senyum sesama mungkin kerana frequensinya berbeza. Menurut teman teman ini merupakan kali ke 9 beliau dipatuk ular king cobra.

Di fahamkan juga, beliau digigit ular ketika sedang membuat live FB. Ada yang menganggapnya sebagai seorang dewa, yang dipuja dan dijadikan idola. Tak kurang juga yg membenci aksi show offnya.. jujur pernah mempunyai semangat yang sama, mencium, memanggung si King bagaikan rasa seperti king juga. 

Apatah lg tepukan dan sorakkan rakan rakan membuat diri lebih hebat bagaikan raja. Namun kesedaran datang segera, tatkala sibuk bermain si king, tetiba taringnya tersangkut pada seluar di bahagian peha. Semua rakan menjerit terkasima ..saat itu semua menjelma,setiap wajah ahli keluarga dan ibubapa bermain di minda, bertanya diri apa kesudahannya. Alhamdullilah terhenti juga.

Namun tak semua kisah berakhir indah, pagi ini Jumaat yang mulia ini 16/3/2018, jam 12.45pg. Seorang lagi mangsa king cobra tewas.. AL Fatihah kepada Abu Zarin Hussin @ Wira Penyelamat yang tewas while doing what he likes

P/s: kepada rakan dan kenalan, setiap yang kita lakukan ada risikonya. Sama ada kecil atau besar terpulang pada kita untuk menilai..ada yang terselamat , tak kurang juga yang tewas.jika ada teman menegur, bukan kerana cemburu tetapi lebih kepada sayang..jika untuk urusan kerja atau operasi memindahkan haiwan liar atau berbisa tidak mengapa..tetapi jika hanya untuk membuat persembahan diatas pentas suka suka mencari nama atas alasan “EDUCATION” itu BULLSHIT namanya. Kerana EDUCATION tidak memerlukan anda untuk mencium atau melakukan provokasi ke atas haiwan sehingga kembang lehernya dan cuba mematuk anda kembali.- Wan Aliazar


Catat Ulasan

0 Ulasan