Breaking News

Tun M Lirik Pensyarah..Ini Komen Afdlin Shauki

Loading...
loading...
Tun M Lirik Pensyarah..Ini Komen Afdlin Shauki

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kejutan dengan menghadiri Wacana Sinar Harian bertajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?" di Shah Alam, semalam juga mencuri tumpuan para artis.

Antaranya, termasuk Datuk Afdlin Shauki.

Dalam catatan ringkasnya di media sosial, penerbit itu jelas tidak dapat menahan perasaan lucunya melihat gambar Dr Mahathir berdiri sambil melirik ke arah seorang pensyarah yang sebelum itu mengkritiknya.

Pensyarah itu adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia.

Afdlin yang juga seorang pengarah filem dan pelawak mengakui beliau sendiri tidak mampu mencipta komedi selucu itu.

“Hahahahaha....Saya tidak boleh mencipta komedi selucu ini!..sangat epik” katanya.


A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Tiada ulasan

jerit kat sini