Header Ads

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga,Uji Rashid Di Halau Dari Rumah Sewa

loading...
Sudah Jatuh Di Timpa Tangga,Uji Rashid Di Halau Dari Rumah Sewa


KUALA LUMPUR 14 Mac – Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, penyanyi veteran yang banyak mencurahkan jasa dalam industri muzik tanah air, Uji Rashid hari ini tampil dengan berita menyayat hati apabila terpaksa memohon untuk mendapatkan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kisah penyanyi yang tersohor sekitar tahun 1970an ini menjadi perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memuat naik di laman Facebook gambarnya bersama Uji Rashid, anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucu penyanyi itu.

Noh dalam catatan di Facebooknya itu berkata, Uji Rashid telah datang ke pejabatnya berhubung permohonan penyanyi itu untuk mendapatkan rumah PPR.

“Beliau (Uji Rashid) ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya Noh melalui catatannya itu.

Sementara itu sumber yang rapat dengan Uji Rashid memberitahu, sudah agak lama Uji memohon untuk mendapatkan rumah PPR dan ramai yang menabur janji manis untuk membantunya namun tiada yang berhasil.

Sehinggalah pada tengah hari tadi, Uji sepatutnya bertemu dengan seorang pegawai perumahan di kementerian berkenaan, tetapi beliau dihalang oleh pengawal keselamatan.

“Dalam kekecohan itulah, Allah maha berkuasa. Tan Sri kebetulan ada di pejabatnya dan Uji dapat berjumpa terus dengan Tan Sri.

“Uji serahkan segala dokumen berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan rumah PPR dan alhamdulillah, permohonan beliau diluluskan oleh Tan Sri Noh sendiri,” katanya sumber itu melalui watsapp kepada wartawan Utusan Online sebentar tadi.

NASIB PRIMADONA

PETALING  JAYA: Primadona Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dekat sini dipercayai gagal membayar sewa.

Berita sedih itu dikongsi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar apabila penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico, 39, dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Noh berkata, disebabkan permohonan artis  itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas untuk Uji dan keluarga mendiami rumah berkenaan.

“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.

“Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya seperti dikongsi dalam Facebook miliknya pada Rabu.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun Al Rashid yang popular pada era 1980-an difahamkan telah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan namun semuanya tidak berjaya.

Selain kementerian berkenaan, sumber memberitahu mStar Online pelakon itu juga pernah memohon sumbangan  daripada Kementeriam Kewangan namun ia turut gagal.

Uji yang merupakan ibu tunggal bergantung sepenuhnya perbelanjaan kepada kerjaya nyanyian.

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.