Raih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, Bangla jadi tauke homestay mewah di Malaysia secara haram

Raih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, Bangla jadi tauke homestay mewah di Malaysia secara haram

Loading...
Raih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, Bangla jadi tauke homestay mewah di Malaysia secara haram:

Raih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, Bangla jadi tauke homestay mewah di Malaysia secara haram


Raih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, Bangla jadi tauke homestay mewah di 
Malaysia secara haram |

KUALA LUMPUR: Sebelum ini, warga asing, terutama dari Bangladesh lebih ramai bekerja atau ‘mengusahakan perniagaan’ dalam sektor perkhidmatan seperti restoran atau cuci kenderaan. Kini mereka dilihat menceburi pula bisnes rumah penginapan atau homestay mewah, terutama di bandar besar.

Apa yang mencurigakan, mereka disyaki tidak mendaftarkan perniagaan itu dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan atau membayar warga tempatan untuk menjadi ‘proksi’ syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Walaupun mendaftar dengan SSM, mereka mudah memanipulasi pendapatan hasil perniagaan berkenaan kerana berurusan secara tunai dan bakal penyewa tidak perlu membuat pembayaran pendahuluan secara dalam talian.

Tinjauan BH di sekitar ibu negara mendapati warga asing terbabit biasanya bergerak secara berkumpulan untuk mengurus puluhan unit kediaman seperti suite, pangsapuri dan kondominium.
Mereka dipercayai menjana keuntungan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit, namun tidak membayar cukai perniagaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BH menjejaki kegiatan kumpulan warga Bangladesh yang menguruskan sewaan penginapan di bangunan kediaman mewah sekitar Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Imbi, mendapati lebih 100 unit bilik atau kediaman mewah di empat bangunan dalam ‘pegangan’ mereka.

Kumpulan itu dikata menguruskan antara 30 hingga 50 unit kediaman di setiap bangunan di sekitar kawasan terbabit, namun dipercayai turut menguruskan perniagaan sama di lokasi tumpuan lain.
Aktif promosi penginapan di media sosial
Mereka aktif mempromosi penginapan menerusi media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook serta pelbagai portal khusus untuk tempahan bilik.
Wartawan BH menempah satu unit suite di Jalan Imbi menerusi satu portal tempahan penginapan sebelum mengunjungi kediaman terbabit keesokannya untuk daftar masuk dan disambut beberapa warga Bangladesh di luar lobi.

“Kad (akses masuk) nanti saya bagi, bayaran semua di sini sahaja,” kata seorang daripada mereka sambil meminta RM250 untuk bayaran sewaan semalam.

Lelaki Bangladesh itu yang enggan memberi sebarang dokumen pengenalan diri ketika diminta, berkata kumpulannya menguruskan lebih 10 unit kediaman di kawasan itu sejak enam bulan lalu, namun mendakwa hanya menerima komisen diberikan pemilik premis warga tempatan dan asing.

Satu lagi penginapan dikunjungi ialah di Jalan Sultan Ismail yang mengenakan kadar sewa antara RM300 hingga RM450 semalam sebelum meningkat pada hujung minggu atau cuti umum dengan tempahan boleh dibuat secara terus tanpa pembayaran dalam talian.

Pemeriksaan di sebuah kondominium di Bukit Bintang pula mendapati, warga Bangladesh yang menguruskannya, turut menawarkan pelbagai perkhidmatan sampingan, termasuk kerja pembersihan dan dobi, tempahan makan minum, malah menguruskan ‘parti persendirian’.

Garis Panduan Pendaftaran Homestay Malaysia di laman web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menetapkan konsep utama program itu ialah untuk memenuhi kehendak dua kumpulan sasar, iaitu masyarakat kampung dan pelancong.

Bagi masyarakat kampung, ia memberi manfaat dari segi meningkatkan pendapatan serta taraf hidup selain melahirkan usahawan desa.

Pelancong pula dapat melalui pengalaman menarik, terutama yang berminat merasai kehidupan dan kebudayaan masyarakat kampung di Malaysia.

Sementara itu, semakan BH mendapati sesiapa sahaja boleh menjadikan kediaman sebagai premis homestay dengan mengisi borang pendaftaran dalam talian untuk pengiklanan di laman tempahan penginapan bersama maklumat pemilik dan premis serta gambar berkaitan.


AGEN warga Bangladesh yang mengurus perniagaan homestay mewah dan rumah penginapan menunggu pelanggan di Jalan Imbi di ibu negara. – Foto NSTP
Gagal tepati garis panduan
Kelulusan selalunya diperoleh dalam tempoh kira-kira seminggu dan pemilik premis juga bebas menentukan kadar sewaan tanpa sebarang syarat, biasanya dalam lingkungan RM200 hingga RM1,500 bergantung kepada lokasi dan kemudahan yang disediakan.
Pemeriksaan di beberapa portal yang menyediakan kemudahan tempahan penginapan, mendapati banyak premis yang didaftarkan sebagai homestay adalah kediaman mewah seperti kondominium dan banglo, sekali gus bertentangan dengan tafsiran ‘homestay’.
Kebanyakan penyedia perkhidmatan yang juga bebas mempromosi perniagaan di laman Facebook, Instagram dan blog, turut didapati gagal menepati garis panduan ditetapkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, malah ada mengenakan kadar sewa tidak munasabah.
Syor undang-undang khusus kawal selia operasi
Pemilik yang mengubah kediaman menjadi premis perniagaan homestay atau rumah penginapan berdepan tindakan undang-undang tegas, termasuk hartanah dirampas atau dirobohkan.
Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor, berkata setiap bangunan kediaman biasanya sudah ditetapkan syarat nyata, syarat tersirat dan syarat kegunaan dalam suratan hak milik atau geran hartanah khusus sebagai kediaman.
Justeru, katanya, tindakan mengubah bangunan kediaman kepada komersial dan menjalankan perniagaan seperti homestay, jelas melanggar undang-undang dan boleh didenda mengikut Seksyen 127 (1A) Kanun Tanah Negara atau hartanah boleh dirampas mengikut Seksyen 129 kanun sama.
Perlu dapat kebenaran PBT
Beliau berkata, setiap bangunan perlu mematuhi syarat kelulusan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, sekali gus pemilik yang mahu mengubah rumah kediaman menjadi premis perniagaan perlu mendapatkan kebenaran PBT.
“Mereka perlu mendapatkan kebenaran itu mengikut Seksyen 74 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Jika gagal, bangunan digunakan sebagai homestay berdepan tindakan mengikut Seksyen 72 dan 73 akta itu yang jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan penalti atau bangunan dirobohkan PBT,” katanya.
Beliau berkata, rumah kediaman yang dijadikan homestay juga tidak dilindungi insurans kerana menyalahi syarat kegunaan, sekali gus menyebabkan pemilik berisiko tinggi mengalami kerugian besar jika berlaku bencana.
Ganggu pemilik lain
“Pemilik juga kena lihat isu ini menyalahi Seksyen 86 Akta Parit dan Saliran 1974 dan Undang-undang Kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Homestay mereka mungkin mengganggu pemilik bangunan berhampiran apabila pelanggan meletakkan kenderaan di tepi jalan, bising sehingga menyebabkan halangan dan gangguan kepada pemilik premis lain,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mengawal selia operasi homestay di negara ini, sekali gus memastikan pertumbuhannya selari lonjakan permintaan masyarakat.
Salkukhairi berkata, undang-undang itu bukan berniat menyekat orang ramai daripada menjalankan perniagaan homestay, sebaliknya sebagai elemen ‘semak dan imbang’ kepada operasi industri terbabit.

Batal lesen jika gagal patuh garis panduan

Bagaimanapun, beliau mengakui, ketetapan tegas amat perlu melalui undang-undang baharu, termasuk membatalkan lesen operasi sekiranya homestay yang diwujudkan, gagal mengikuti garis panduan ditetapkan.

“Selain mewajibkan perniagaan itu didaftarkan, pemilik perlu mendapatkan lesen operasi homestay daripada PBT, juga perlu terikat dengan syarat serta spesifikasi bangunan bersesuaian dengan premis komersial untuk tujuan perniagaan berkenaan.

“Pemilik perlu membuat permohonan tukar syarat kegunaan tanah untuk sementara dari status bangunan kediaman kepada komersial, bagi mematuhi syarat kegunaan bangunan yang sesuai.
“Selain itu, pemilik perlu memastikan pelanggan tidak membuat kacau ganggu terhadap jiran dan pemilik premis sekeliling. Jika gagal, lesen operasi mereka boleh dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata, undang-undang khusus itu penting untuk memastikan beberapa elemen dipatuhi meliputi keselesaan dan keselamatan bangunan, penyewa serta pemilik premis.

“Disebabkan permintaan masyarakat terhadap jenis penginapan ini semakin meningkat, ramai pemilik rumah mengubah kediaman mereka menjadi homestay.

“Walaupun menguntungkan mereka, sebenarnya ia mendedahkan pemilik kepada tindakan undang-undang,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan