Header Ads

Orang ramai gempar 'mayat' tiba-tiba bangun di Sungai Besar

loading...
Orang ramai gempar 'mayat' tiba-tiba bangun di Sungai Besar

KEADAAN 'mayat' lelaki yang ditemui tidak berbaju di parit berhampiran Pasar Awam Sungai Besar. - Foto ihsan pembaca

SUNGAI BESAR: Suasana Pasar Awam Sungai Besar di sini, kecoh seketika apabila orang ramai menemui 'mayat' seorang lelaki terdampar di tepi parit berdekatan, semalam.

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila 'mayat' lelaki berusia lingkungan 40-an itu bangun meninggalkan lokasi seperti tiada apa yang berlaku.

Difahamkan, lelaki dalam kejadian terbabit yang kini sudah viral di media sosial itu, berada di bawah pengaruh dadah dan dipercayai tertidur selepas terjatuh ketika cuba mengambil air dari parit berkenaan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan, berkata sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.30 petang.

"Setibanya di lokasi itu, kita mendapati lelaki berkenaan, yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, terdampar di tepi parit berdekatan pasar berkenaan dan anggota kita kemudian bertindak turun menyeberangi parit itu untuk menyelamatkan mangsa.

"Bagaimanapun, dia tiba-tiba sedar dan bangun lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.